Jarak : 5-10 mins dari rumah
Aktiviti : tgk sunset

"Allah Did Not Promise That The Way Would Be Easy. But, He Did Promise That He Would Be With You in Every Single Step of Your Life As Long As You Want Him To"


*sweetkan*
tepat kul 5pm aku balik umah, angkut beg baju sbb nak balik btg kali trus..singgah SR Banting beli chocolate indulgence n pecut ke subang mutiara..
pas tue lalu kat Carrefour Kota Kemuning, singgah jap beli KFC..alamak dah dekat pkul 7pm.lalu dpn complex A SAAS Airport n cakap dalam hati tak sabar nak kenakan abg..


Selamat Hari Lahir Sayang..awak adalah antara pemberian terindah dari ALLAH untuk saya..
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk berziarah..jemaah lelaki akan ke Perkuburan Baqi dan jemaah wanita akan berziarah ke Makam Rasullullah SAW dan Raudhah..
Pertama kali saya akan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi bersama jemaah wanita yang lain.
Kami memasuki melalui salah satu pintu di Masjid Nabawi, diperiksa oleh cik pengawal keselamatan yang bertutup litup dengan jubah dan purdah hitam bagi memastikan telefon dan kamera tidak dibawa ketika memasuki masjid..tapi jemaah lelaki amat longgar..sebab itu gambar di dalam Masjid Nabawi banyak diambil oleh edy..sy dan Kak Har membawa kamera dan handset, jadi kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid Nabawi..Pada mulanya kami hanya ingin meletakkan barang2 itu di tiang masjid dan hanya bertawakal tetapi cik guard itu menasihati agar tidak berbuat begitu kerna takut hilang..berbahasa isyarat sy ketika ini kerana cik guard berbahasa Arab.Akhirnya Kak Har duduk di luar menjaga barang, sy dan cik arah masuk ke dalam untuk menziarahi Raudhah dan makam Rasulullah SAW..
Hamparan hijau ialah kawasan Raudhah.Kawasan ini tidak luas dan amat terhad tapi kuasa Allah, semua dapat bersolat sunat dan berdoa di sini.Gambar di sebelah menunjukkan Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Makam Umar Al Khatab di dalam jaring2 itu..*pic credit to edy
Raudhah di dalam masjid ini yang adalah tempat yang paling makbul untuk berdoa, seperti sabda Rasullah SAW"Antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman syurga". Terima Kasih Ya Allah kerana telah menyampaikan hambaMu ini ke tempat mulia ini dalam keadaan selamat..
Untuk masuk ke kawasan Raudhah, para jemaah akan dibahagikan mengikut negara..Jemaah Malaysia akan berkumpul dengan jemaah Indonesia dan dibawa masuk bersama2 oleh cik guard..Jemaah dari negara kita dan Indonesia lebih disukai oleh cik guard kerana kita agak sopan dan tidak kasar..alhamdulillah Allah berikan peluang untuk sy bersolat sunat dan berdoa di sini..Tanpa disedari jujuran air mata laju mengalir..banyaknya dosaku padaMu Ya Allah..banyaknya doa yang ingin ku pohon padaMu Ya Allah..Alhamdulillah sy juga dapat menyampaikan salam yang dikirim oleh rakan2 kepada Rasulullah SAW dan para sahabat..
Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk mencari redhamu dan mengagungkan kemuliaan RasulMu dengan berziarah ke makamnya..
Setelah selesai, sy keluar untuk membawa Kak Har ke Raudhah pula..Ketika ini tenaga sy begitu kuat dan sy langsung tidak merasa penat walaupun sebelum itu sy ditolak2 oleh org Arab yang berbadan besar dari sy ini di dalam kawasan Raudhah..maklumlah semua ingin beribadat di situ..Cik Arah pula menjaga barang kerana beliau sakit kaki dan agak uzur..Alhamdulillah sy dan Kak Har diberi peluang kali kedua untuk masuk ke sana dengan mudah sekali tanpa menunggu lama..Peluang ini sy gunakan untuk beribadat sekali lagi kerana Raudhah hanya dibuka pada waktu2 tertentu sahaja untuk jemaah wanita..
Nanti kita sambung lagi ye..
antara ahli keluarga yang menghantar kami di KLIA..terima kasih banyak2 semua..tak terbalas rasanya..sayu sgt rasa ketika ini..sy dan edy bertemu dgn rakan2nya(haji Syabaan, cik arah, kak har dan abg nizam)untuk menunaikan umrah..inilah rakan2 sy sepanjang menunaikan umrah..kami pergi di bawah agen de'mawardah,KL..kami bertolak ke Jeddah pada pukul 3 ptg dengan menaiki penerbangan MH150 KUL-JED..
selain suami, inilah peneman sy sepanjang 8 jam perjalanan.saya rasa amat berdebar ketika ini..rasa macam belum sangat bersedia..tidur tak kena..bangun tak kena..akhirnya sy ambil keputusan mendengar alunan kalamullah bagi menenangkan diri..edy?dia nampak tenang sahaja..mungkin dia tak tunjuk dari riak wajah tapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..
apalagi nak dibuat dalam 8 jam itu..tido, membaca, makan..2 kali kami dijamu..burpp alhamdulilah rezeki Allah..selain itu edy juga memberi sy tunjuk ajar mengenai ibadat umrah yang dia belajar dari seorg haji di tempat kerjanya..edy ade juga ceritakan mengenai kejuruteraan pesawat ini..ini boeing brape..apa beza antara boeing itu dan ini..knape fleet itu buka dan tutup..saya layankan aje sbb sy minat jugak mendengar mengenai bidang pekerjaannya itu..selepas 5 jam penerbangan kami telah memasuki tanah arab..
Pertama kali pandang bentuk bumi seperti ini..terkedu saya..lihatlah tiada pokok yang menghijau..warna coklat sahaja tanah dan lembah..Subhanallah inilah bumi para anbia' dan bumi para syuhada..
Alhamdulillah kami selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah pada waktu hampir menganjak ke Maghrib..Ya Allah kau Lindungilah kami suami dan isteri sepanjang berada di di tanah sucimu nanti... kami disambut oleh mutawwif iaitu Haji Ramli yang berasal dari Indonesia..beliau banyak berikan kami tunjuk ajar..
setelah menunaikan jamak qasar Maghrib dan Isyak di surau airport..tgk lampu di surau..cantikkan..kami meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki bas..perjalanan mengambil masa 6 jam lagi..lihat wajah kami..masih tersenyum..mungkin kerana rasa teruja itu telah mengatasi penat..mungkin kerana sahutan Masjid Nabawi itu mengatasi rasa letih.. Alhamdulillah..

sbb ini sy malas..panjangnyeee beratur..
balik ofis terus saya masukkan duit dlm sampul, sbb student dah cuti semester, so takde keje sangat..kwn2 pun dah banyak amik cuti..sy mula cuti hari khamis sbb sy balik dekat je..Selamat Hari Raya Aidilfitri dari sy dan edy..maaf zahir batin dari kami berdua..
tgk kalo terlebih rajin..sampai edit gambar tue..hehehe di sinilah kami datang..nama restoran Malaysia Negaraku kat seksyen 7 Shah Alam..kami datang kat seksyen 7 awal..pkul 6 ptg dah sampai..so nak buang masa, kami pegi jakel..tgk karpet..tgk kain..pegi ariani jap tgk tudung..lawatan sambil belajar je..tak beli pon..kami dah set time nanti utk shopping je.
masuk2 je restoran kena tunjukkan mykad..bagi yg ade mykad harga makanan adalah rm2, yang takde mykad maksudnya warganegara asing atau tertinggal kat umah sbb lupa nak masukkan balik mykad dlm purse lepas fotostat kena rm6. nasib baik saya ada mykad, kalo tak lari budget..wakawaka..
tgkla suasana di dalam restoran..saling tak tumpah macam dewan makan kat asrama dulu..tapi pelanggan yang datang saya nampak bukan org2 susah, tapi mereka ingin merasa kesederhanaan dalam berbuka..yang bestnya org bukan islam pon datang..siap diaorg tggu masa azan maghrib utk menghormati kita dan mulakan berbuka dgn kurma yang disediakan..bagi yang nak bungkus makanan sila bawak bekas makanan sendiri..tak kisahla brand tuppaware ke, apple lady ke..sbb takde bekas polystrene..bagusnyee utk konsep bumi hijau..
inilah rezeki kami untuk berbuka puasa pada hari itu..ye betul..kami makan pakai tray..tapi tray ni dibasuh dengan air panas bukan macam kita kat asrama dulu di mana abg kantin main cincai je basuh..nampak tue..banyak lauk..anda rasa berbaloi tak dengan harga rm2 tue??siap boleh tambah kalo tak cukup..
selepas berbuka tray tue kena basuh sendiri..sinki disediakan..pas basuh masukkan tray dalam air panas..bestkan?makan sederhana,badan ringan..pas makan kita tak duk lama2, trus bangun..selepas itu kami trus menuju ke masjid shah alam..Assalamualaikum WBT..
Hampir 2 bulan tidak mengemaskini blog..alhamdulillah rezeki ALLAH tidak putus2..terima kasih YA ALLAH..
Ohya Alhamdulillah saya telah menunaikan ibadat umrah bersama edy dan kembali ke tanah air pada 4 minggu lepas..nanti akan saya ceritakan pengalaman indah itu yerr…
Alhamdulillah lagi..sbb hari ini telah 6 Ramadhan 1431H..pada 3 Ramadhan lepas, edy sampai sahaja di rumah selepas kerja, terus dia meluru pada saya..dia bertanya adakah saya rindukan suasana di tanah suci..Subhanallah..soalan apakah ini?? Jawapan itu ada pada dirimu sayang..semestinya dia akan merasa sama seperti apa yang saya rasakan kerana tangan dialah yang memimpin saya pergi dan pulang dari Masjidilharam..kudrat dialah yang dicurahkan semasa menunggu saya di luar masjid Nabawi dan MasjidilHaram setelah usai solat..setelah jawapan diberikan,dia berkata ada tempat yang suasananya dapat melempiaskan rindu itu..edy pulang lewat semalam sebab dia menunaikan solat terawih di situ setelah kerja selesai pada pukul 7 mlm..esoknya kami pergi ke situ untuk berbuka puasa sekaligus menunaikan solat terawih..
Kami ke sini..Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,Shah Alam..Masjid ini banyak melakar kenangan pada kami..kami selalu ke Shah Alam semasa berkawan dahulu,jadi di sinilah kami tunaikan solat dan di sini juga kami menghadiri kursus perkahwinan..entahla..aku berasa sangat2 tenang bila berada di sini..
ini juadah berbuka puasa kami di sini..alhamdulillah..nampak tak milo itu..ada lori milo aritu di perkarangan masjid..dah bertahun rasanya tak minum milo yang diberi dari lori...hehehe setelah itu solat maghrib berjemaah ditunaikan sebelum menjamah makanan berat..
setelah itu kami menjamah makanan berat pula..alhamdulillah..ada rendang udang, ada nasi beriani, ada kari ayam..setelah itu solat isyak pula ditunaikan secara berjemaah dan seterusnya terawih..
ramai sangat jemaah..penuh segenap ruang di sini..ketika ibubapa mengerjakan solat, anak2 akan ditempatkan di dewan dan diperlihatkan filem kartun kanak2 seperti iced age supaya mereka tidak membuat bising dan menganggu jemaah yang lain.. .pak guard sentiasa berjaga di belakang jemaah ketika solat dan mengawal saf..tukang cuci di sana sini menjaga kebersihan masjid..seakan sama spt di sana kecuali aktiviti kanak2 itulah..hehe bacaan imam sgt jelas dan sedap..sampai tidak terasa terawih berlalu dan witir pula menjelma..
ahhhh rindunya.......................