Thursday, May 24, 2012

yang kuat itu mak kami!!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..bulan Rejab menjengah lagi..ahh dah biasa dengan kalendar masihi, tak sedar bulan-bulan hijrah datang dan pergi..yang sedar hanya Ramadhan dan Syawal saja kan? Bulan depan dah Syaaban, teringat awal Syaaban di tahun 2010, masa itu buat umrah bersama edy..hari-hari selama 2 minggu dating dengan edy di kota Jeddah, Madinah dan Mekah..sana sini pergi tangan ini dipegang kuat, takut hilang katanya..comel.Tahun ni mahu ke mana?masih dalam perancangan..ada rezeki dari Allah berjalan jauh sikitlah kita ya..

Baru2 ini hari ibu kan?hari2 kita sayang mak kita kan..cuma saja mahu bagi ucapan di hari ibu..pagi2 call mak"selamat hari ibu mak" terima kasih, dibalasnya, perbualan disambung ke apa aktiviti harian dia pada hari itu..lepas itu call ibu mertua"selamat hari ibu mak" nak tahu apa ibu mertua saya cakap? sayang ima, sayang edy, muah..muah..(terkujat kami seminit sebab mak mertua saya pandai guna muah2)hehe

Nak cerita pasal mak kami boleh?
Bila Rejab nak menjengah, saya dah mula tanya mak,"bila mak nak mula puasa?"mak saya itu setiap tahun puasa Rejab, Syaaban dan Ramadhan..terus tanpa stop..kuat lagi mak saya, usia nak masuk 66 tahun dah..saya pun tak mampu buat macam dia..kadang2 nak tau jugak rahsia kesihatan dan tenaga dia..pergi ke pasar jalan kaki saja, balik rumah dicabut lagi rumput..hati mak saya juga sangat kuat..Seusia 10 tahun, mak dan ayahnya sudah tiada..tinggalnya dia bersama abang dan kakak..pernah diceritakan pada saya, ketika kapal terbang penjajah terbang di langit Malaya, dia lari bersembunyi ke dalam parit.. tidak mampu dari segi kewangan untuk meneruskan persekolahan. Apa ditunggu lagi untuk anak dara ketika itu, kahwinkan saja. Usia 15 tahun sudah melahirkan abang sulung saya..Pernah juga dia bercerita, sewaktu melahirkan abang saya yang kedua, dia tidak tahu yang kandungannya kembar..kembar abang saya  meninggal ketika dilahirkan kerana mak pernah terjatuh ketika mengayuh basikal untuk membasuh kain di sungai, perutnya menghempap bumi..cekalnya mak..Jodoh mak bersama suami pertama tidak panjang..Hasilnya mak ada 4 orang anak..
Selepas itu, mak berkahwin dengan ayah saya..mak mengikut ayah pulang ke kampung ayah di Kedah..19 tahun mak tinggal di Kedah tanpa saudara mara di sisi..mak sabar tanpa bicara..ahh kuatnya mak..
Mak dan ayah sangat romantik..ayah suka masakkan untuk mak..kuku ayah tak pernah dipotong sendiri, semua mak buatkan..pernah ayah kata pada mak yang mak sudah tidak sudi bonceng motor dengan dia kerana ayah sudah tua, tak muda macam dulu..haha kelakarkan..
tapi ayah teman mak tak lama..ayah tinggalkan mak buat selama-lamanya saat mak perlukan teman bagi melayari usia tuanya..saya dan adik saksi saat mak saya betul2 down ketika awal ketiadaan ayah..mak saya selalu ulang yang ayah adalah ayah dan suami pada dia.. saat itu kami adik beradik masih belajar..digadainya gelang dan rantai untuk kesinambungan hidup kami..digunanya duit pencen untuk membeli rumah di Selangor..di sini kami dibesarkan tanpa ayah..ohh mak..
alhamdulillah hidup mak sekarang dikelilingi anak2 dan cucu2..sekali sekala air matanya mengalir bila teringatkan ayah..tapi belum sempat air mata cecah ke pipi, cepat2 dilapnya untuk balik kepada realiti hidupnya..sekarang kesihatan mak pun kadang2 terganggu,demam dan batuk sering menjengah..saya berikan kereta pada kakak ipar agar senang untuk membawa mak ke klinik dan minta dia janji agar jangan culas untuk membawa mak ke klinik kerana saya jauh..sehingga sekarang janji itu masih dipegangnya walaupun terpaksa berjam2 tunggu mak di klinik kesihatan..balik baru2 ini, saya cakap yang saya teringin nak makan kuih seri muka..esok pukul 3 pagi dia bangun, buatkan saya kuih itu..dibekalnya edy nasi goreng ke tempat kerja..ahh itulah mak saya..tak pernah kecewakan anak2..Kami anak2 sayangkan mak..maafkan anak2 mak jika pernah guriskan hati mak dalam bicara dan perlakuan kami..Moga impian kak untuk bawa mak menunaikan umrah kelak dimakbulkan Allah..Mak sihat-sihat selalu ya..

Tak adillah saya tidak ceritakan mengenai ibu mertua saya..mak saya ini juga seorang yang kuat dan cekal..pernah sekali sekala diceritakan pengalaman hidupnya pada saya..mak mertua saya ada anak-anak yang baik..tak pernah emak dan bapa mertua diabaikan anak2 mereka, hatta dalam doa..lihatlah cara mereka menjaga emak dan bapa mertua, sungguh hebat..sepanjang usia perkahwinan kami, mak mertua tidak pernah memerli malah bertanya pun tidak pernah kenapa menantu perempuan pertamanya ini masih tidak mampu memberikannya cucu..untungnya saya ada mak mertua seperti ini..saat ada kawan2 yang tidak mahu pulang ke rumah mertua, saya tidak pernah rasakan seperti itu..pernah dikabarkan edy, yang mak minta bagitau saya yang mak sentiasa doakan ima..saat itu air mata saya dah mula nak keluar..terima kasih mak kerana faham perasaan dan keinginan anak-anak mak ini..mak dan abah juga..sihat-sihat selalu ya..

alhamdulillah kami ada ibubapa yang super HEBAT..saya pasti ibubapa anda masing2 juga super HEBAT..moga impian kita untuk parent kita dimakbulkan ALLAH..aminn

Ohya..saya sudah tiada ayah..edy jaga saya sebagai seorang suami dan ayah..jadi abang..tolonglah sihat-sihat selalu juga ya..


Monday, May 7, 2012

romantik lagi

Assalamualaikum kawan2..

Nak vakum sikit debu kat blog ni..hehe banyak cerita basi je..boleh la yek..

Ahad, 21 April 2012, edy baru balik keje, pikir punya pikir nak ajak dia dating mana pulak.. ke Putrajaya je lah..teringin nak makan nasik Arab..sedap jugak makanan arab di Dataran Putra tu..owner dia melayu..sumbat punya sumbat sampai naik muak jadinya..habis makan jalan2 kejap di sekitar Tasik Putrajaya tu..teringat masa bercinta dulu, jalan2 kat sini jugak..tapi masa tu masih malu2 miow, mata saya tgk tasik saje..malu nak pandang dia..kahhh


Lepas solat Isyak kat Masjid Putra, nampak edy dah tunggu kat luar..'Nah, bunga untuk awak'..(dia amik gambar bunga kat luar masjid, pastu kasi kat saya.nasib tak petik, kalau tak kena kejar dengan pak guard masjid pulak nanti)..'wah..romantik lagi abg ni'..

Bersyukurnya saya, salah satu sikap dia untuk menambat hati saya 7 tahun yang lalu, masih ada lagi sampai kini..Saya pasti suami masing2 pasti ada lagi sikap mereka masa nak menambat hati kita dulu kan??cuma caranya je berbeza dari dulu..kahhh

Tuesday, April 10, 2012

Terima Kasih Ya Allah untuk semua pinjaman ini

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh Alam. Ya Allah! Berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.

Aku sujud mengadap kiblat-Mu dengan rasa rendah diri Ya Allah, ampunilah dosaku dan suamiku, dosa kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, dosa adik beradikku, dosa guru-guruku, dosa jiran-jiranku, dosa rakan-rakanku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah..pada hari lahirku ini, Kau mekarkan hidupku dengan bunga-bunga indah kehidupan. Kehidupanku, rumahtanggaku, kesihatanku,kerjayaku dan keluargaku begitu Kau jaga dengan rapi Ya Allah..terima kasih.. Segala kebaikan datang daripadaMu, Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman, bersyukur di atas pinjaman kesenangan dan limpah kurnia rezeki daripadaMu. Limpahan rezeki yang kau berikan tiada lain selain menguji diriku juga. Aku berharap agar segala doa yang kutitipkan kepadaMu, dimakbulkan dan diberkati.

Ya Allah Ya Rahim, sesungguhnya hambaMu ini bahagia dengan kehadiran seorang suami yang tanpa jemu mendidikku agar tidak melupakanMu. Sesungguhnya aku sayang padanya, tetapi aku lebih menyayangiMu Ya Allah.

Ya Allah , bagi membalas setiap tanggungjawab yang telah dilunaskan dengan baik oleh seorang suami padaku , aku ingin menjadi seorang isteri yang memudahkan jalannya ke syurgaMu. Jadikanlah aku isteri yang menundukkan pandangan mata dan mentaati suami. Lindungilah auratku dengan busana yang diizinkan suami.Ajarkan aku untuk rajin mengaji dan menjaga tutur kata. Jadikanlah aku seorang muslimah yang Kau cintai dan Rasulullah kasihi. Hanya satu aku mohon padamu wahai suami, redhakanlah pemergianku saat dijemput oleh Ilahi kerana aku hanya pinjaman buatmu.

Ya Allah Ya Qahhar, terima kasih untuk kau pinjamkan anak-anak yang sentiasa merindui kami. Meruntun hatiku saat anak kecil itu menangis teresak-esak memanggil ummi dalam panggilan semalam.Wahai anak, saat kamu mengerti erti kasih ummi nanti, tiada lain yang ummi pinta selain doakanlah kesejahteraan ibu dan ayahmu kerana kasih sayang kami tidak setanding kasih sayang mereka.

Ya Allah Ya Rabbi, lindungilah aku sepanjang kembara pencarian ilmu ini. Rendahkanlah hatiku sepanjang perjalanan kembara ini, kerana semakin banyak ilmuMu yang ku dapat, semakin banyak lagi yang perlu ku kejar.

Ya Allah Ya Ghaffar, aku bersyukur pada hari indah ini, Kau masih meminjamkan kasih sayang dari keluarga, saudara, pelajar dan sahabatku untuk sentiasa berada di sisi diriku. Sesungguhnya aku tidak mampu hidup bersendirian tanpa mereka. Bahagiakanlah kami. Jauhkanlah kami dari permusuhan dan berpecah belah.

Ya Allah Ya Wahhab, padaMu saja tempat aku panjatkan doa ini supaya Kau limpahkan kasih sayangMu buat ibuku, arwah ayahku dan kedua ibu bapa mertuaku.Terima kasih kerana Kau pinjamkan mereka untuk melahirkan dan membesarkanku dan suami, aku pohon supaya tiada balasan lain bagi mereka selain syurga FirdausiMu. Pinjamkan kami Ya Allah kudrat dan rezeki untuk memenuhi impian besar kami pada mereka.

Kau kabulkanlah doa hambamu ini yang kau pinjamkan nyawa sejak 28 tahun dahulu. Amin Ya Rabbal’alamin.”


Wednesday, March 21, 2012

Banyak mahu diceritakan :)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah masuk bulan ketiga bagi 2012..
permulaan 2012 agak sukar bagi kami..kereta hitam sakit akibat kecuaian mekanik yang repair kereta..salah kami juga, nak berjimat daripada hantar ke pusat servis, alih2 lagi banyak duit dilaburkan..hantar repair, cecah 2k tapi kereta makin teruk.Akhirnya kami lepaskannya..
alhamdulillah ada si kancil manual yang boleh bawa kami ke mana2..Kadang2 best juga takde hutang kereta ni..hehe tapi tak boleh, sebab kaki saya cepat letih drive kereta manual ini, pergi kelas ke uitm je dah sejam suku memandu..tak masuk lagi jem di highway kesas..

Pengajian saya dah masuk semester ketiga..insyaALLAH ada lagi 2 semester..ohh cepatnya masa berlalu..rasanya macam baru semalam minta izin edy untuk saya sambung master ni..nanti ada masa kita sembang lagi pengalaman belajar sambil bekerja ni..alhamdulillah yuran uitm tak semahal IPTA lain yg cecah 3-4k..masih mampu bayar tanpa keluarkan KWSP..

Rumah pun dah lama tak tengok, agaknya dah panjang rumput..ada perancangan kecil untuk rumah tu..nak buat homestay sebenarnya..masih kumpul duit untuk buat modal..doakan kami agar impian cepat tercapai..kawan opis ada cadangkan untuk beli sebuah lagi rumah di banting ni.tapi saya tak rasa lama nak tinggal di sini..mungkin nak cari apartment murah2 di shah alam..itu pun perancangan saja, semua perlukan duit..hurmm

Baru2 ni bercuti ke Kuching, sebab cuti semester kan..nanti dah masuk belajar susah dah nak bercuti..itupun jenuh nak curi masa edy, sibuk dengan kapal keluar masuk yang katanya penuh sampai may ni..kalau dia balik kerja malam, saya pula balik study malam...saya sibuk buat eksemen, dia dah tidur...sebab itu curi masa bercuti ni..

Ohya ada benda nak cerita, semua org minat ustaz Don kan, kalau malam saya tak sempat tgk rancangan dia.Pukul 6.30 pagi saya dah terpacak kat depan tv nak tgk rancangan dia.Saya suka pendekatan dia di dalam menyampaikan ilmu agama + dengan loghat penangnya tu..saya suke!saya suke! Baru2 ni edy solat berimamkan ustaz Don di surau Subang Skypark..mereka hanya berdua sahaja..edy nak solat Asar masa tu, sekali Ustaz Don pun masuk nak solat.Ustaz baru sampai dari mana2 entah.Dengan jubah dan serbannya macam dalam TV tu.Sanggup edy tunggu Ustaz Don amik wuduk dulu, sebab dia takut ustaz tanya syarat sah wuduk kat dia..Isk2..Takdenya Ustaz Don nak tanya kat awak..kelakar je...

Okla itu je nak cerita..takdela banyak mana pun..okla tu daripada bersawang kan..:)

Thursday, January 19, 2012

Baucar Buku


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat 4 keping baucar buku ni.
Lepas dapat , malam tu terus ke Popular Aeon Bukit Tinggi.
Baru habiskan 2 keping, 2 keping lagi edy kata habiskan kat bookstore lain pula.
Bye.

update : telah habiskan di Borders, The Curve (dapat free starbuck java chip, 1 member card dan 2 supplementary cards) best2..dahla shoping free, dapat pulak macam2..alhamdulillah

Tuesday, January 17, 2012

Dialog Cinta #1


zoo negara
First day of school..

Salam, edy boleh tlg call tak..ni ha kak long sibuk nak bercakap.(msg dari ibu)

Edy : Assalamualaikum..
Kakak: Cik Edy, kak long dapat beg sekolah, baju sekolah, pensel, pemadam..bla..bla..(aik jwb salam pun tak..non stop untuk seminit, nak menyampuk pun tak boleh dah)
Ima : Kak long belajar apa dekat sekolah arini?
Kakak:yi er san se..
Ima: satu dua tiga empat yer..pandai..meh ummi nak cakap dengan angah..
Kakak:Angah tak nak cakap..pot..pet..(ish cemburu tak habis2 lagi ni, kakak..kakak..)

surau tempat keje cik edy

Kakak : ummi, tadi kak long tgk aeroplane..tayar dia besarrr..(sambil membulatkan tangannya)
Adik: pen,pen..(angah telah menghentak keyboard office cik edy sampai patah dia punya stand..hehe)
Kakak: ummi...kak long nak naik aeroplane..pleaseeee

Ketahuilah olehmu wahai jiwa kecil ummi, waktu ini hati ummi sebak..
Sayang, jika diizinkan oleh ALLAH ke mana sahaja kamu mahu pergi dengan aeroplane akan ummi dan cik edy usahakan sampai dapat..
Tapi apakan daya ummi..
ummi dan cik edy telah tetapkan di dalam hati, kami tidak patut melampaui apa yang telah diizinkan oleh ibu dan ayah..walaupun kami tahu permintaan kami tidak pernah dihampakan mereka..
Ketahuilah olehmu wahai jiwa kecil ummi, ibu dan ayah adalah insan-insan berhati TULUS yang ummi dan cik edy pernah jumpa..Syukur..
Sebab itu ummi dan cik edy akan pastikan kamu bersalam dan cium ibu dan ayah sebelum keluar..
Sebab itu ummi dan cik edy akan paksa kamu melambai pada ibu dan ayah sampai pandangan wajah mereka hilang..
Kerana kami tahu itulah juga yang ibu dan ayah minta kamu buat setiap kali kami meninggalkan kamu..
Kami kurang di sana, tapi kami lebih di sini..Hubungan sesama manusia yang sukar diungkapkan dan dirungkaikan..

Wahai insan kecil berhati besar,
Terima kasih kerana buat ummi dan cik edy selalu ketawa..
Terima kasih kerana sentiasa meletakkan ummi dan cik edy di hati..
Terima kasih untuk setiap ciuman dan pelukan untuk ummi dan cik edy..
Terima kasih kerana sudi terima CINTA ummi dan cik edy..

Sunday, October 23, 2011

Julai-September 2011

Assalamualaikum semua..

Sahabat aku, ayu kamalia bertanya di fb kenapa aku dan sahabat2nya yang lain sudah lama tidak mengemaskini blog.Terima kasih di atas pertanyaan itu kerana aku pun tidak menyangka blog ini sudah 5 bulan tidak dikemaskini.Alasan aku bukan kerana sibuk melayan kerenah anak seperti sahabat yang lain,tetapi melayan kerenah diri yang rasa semua benda dia mahu buat.Kadang2 ada cerita yang ingin dikongsi, tetapi bila si suami tidak mengizinkan maka aku wajib menurutinya.Jadinya terbengkalailah blog selama ini.Itupun cerita Julai hingga September sahaja yang aku masih ingat.Buat sahabat ini yang sudah lama tidak bersua, ini buat kamu dear.

Julai 2011

Setiap 2 minggu sekali akan membawa anak-anak ini berjalan2.Kali ini, bawa mereka shopping ke Sunway Pyramid.Ohya si adik sudah pandai bercakap dan sudah pandai memanggil aku ummi jika diminta, tapi cuma menyebut mi sahaja yang um tu dia belum fasih.terima kasih sayang, itu perkataan paling indah ummi pernah dengar.Baju dan kasut yang ummi beli nampaknya dah senteng, tapi cik edy cepat2 tarik tangan ummi bila ummi belek2 skirt cantik2 di shopping complex.cik edy tak nak kakak dan adik pakai skirt lagi,katanya dah besar.kalau nak beli skirt sekarang ni, ummi kena belikan legging sekali, baru cik edy izinkan.tapi kakak dah nak ke tadika tahun depan, ummi sekarang asik belikan buku dan stationery untuk dia.ohya kakak dah pandai baca alfatihah dan doa makan. brilliant sayang!!ibu,ayah,ummi dan cik edy sayang kalian berdua sepenuh hati.




Bercuti ke A'Famosa Resort, Melaka.Bermalam di villa 4 bilik dengan private pool.Tengok tu edy melayan pool sorang2.hanya 2 bilik yang digunakan.selebihnya dibiarkan kosong.Seharian aktiviti di sini:water world, animal world dan cowboy town.Alhamdulillah dapat tenangkan fikiran walaupun sekejap saja di sini.

Ogos 2011


Kereta hitam kami dilanggar pada waktu pagi sebelum aku bertolak ke tempat kerja.Yang melanggar kereta ini adalah jiran aku!!Dia tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku.ceritanya begini, aku keluarkan kereta dan pergi untuk mengunci pagar seperti biasa.sedang mengunci pagar, aku mendengar bunyi kuat rupa2nya kereta kancil jiran dah melekat pada kereta hitam.Pada masa yang sama anak jiran aku itu baru nak mengelap kabus pada keretanya.Jiran2 surirumah yang lain semua keluar.masa ditarik kereta dia dari kereta hitam, bunyi benda pecah2 jelas.haruslah aku mengucap panjang.sudahlah aku ada banyak kerja di pejabat pagi itu.setelah aku minta nombor telefon dia, dia terus tinggalkan aku macam itu sahaja.apa lagi aku terus menelefon edy.tapi kali ini aku tidak menangis menelefon edy seperti satu tika dulu, sewaktu aku pertama kali disaman oleh polis. itupun kerana tidak memakai tali pinggang.aku tak tahu kenapa air mata aku mengalir laju hanya kerana disaman.hehe edy cool saja.dia terus balik dari opis.itupun memakan masa satu jam suku.aku ke rumah jiran aku itu dan memaklumkan pada isterinya, tapi isterinya tidak memberikan kerjasama.jiran aku yang lain memberitahu yang itu bukan kereta kancilnya tetapi dipinjam dari rakan kerana jiran aku itu tidak mempunyai kereta.dia bekerja sbg pemandu lori dan isterinya bekerja di pasaraya econsave.kasihan pula kami.tengahari jiran aku itu datang, setelah berbincang, aku dan edy membuat keputusan tidak melaporkan pada polis asalkan dia mengembalikan kereta kami ke bentuk asal.kasihan kerana kos membaiki kereta ini pun dibayar oleh rakannya itu..


Alhamdulillah tahun ini aku beraya di rumah mertua di Kuala Kangsar.Pergi ke Ipoh menziarahi semua saudara mara edy yang telah uzur dan tua.Raya ketiga kami berada di Sabak Bernam, menziarahi saudara mara sebelah emak aku pula.Pergi melihat kebun kelapa emak, yang selama ini diuruskan oleh ibu saudara.Masa ini sebiji kelapa pun kami tak bawa pulang.Ada kebun kelapa tapi kelapa tetap kami beli di kedai runcit..hehe

September 2011



Alhamdulillah sekali lagi kerana kami telah mendapat kunci rumah.Keputusan membeli rumah ini dibuat setelah kami pulang dari menunaikan umrah tahun lepas.Maklumlah harga rumah sekarang semakin naik sampai kadang2 rumah kecil sahaja tetapi harga mencecah ratusan ribu ringgit.Rumah impian di Subang dan Shah Alam, tetapi harga 400 ribu sehingga jutaan ringgit, kami tidak mampu.Maka impian terkubur.Tapi buat apa ditunggu lagi, harga rumah semakin tidak logik. 2 minggu setelah pihak pemaju telefon boleh ambil kunci, baru kami pergi ambil.Bukan tidak gembira, tetapi kami tidak akan tinggal di sini kerana aku bekerja jauh.hanya sebagai rumah hujung minggu insyaALLAH.Rumah ini menjadi pilihan juga kerana tanah di belakangnya sangat luas.boleh buat dapur kelak.Ohya gambar yang ada perabot itu gambar rumah contoh.Rumah kami belum dicuci, malah grill pun belum di pasang.Jika ingin ke Genting Highland, jemputlah singgah ke rumah.

Pengajian telah masuk semester ke 2.Alhamdulillah.

Oklah itu sahaja ceritanya. ada suka dan ada duka.Biasalah setiap saat kita diuji ALLAH.Suka itu ujian dan duka juga ujian.Cuma aku selalu berdoa agar ujian itu tiba pada waktu dan tempat yang betul, dan agar aku membuat pilihan yang betul bagi menghadapi ujian itu.

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.