Tuesday, June 23, 2009

6 minggu

Para pelajar akan bercuti selama 6 minggu dari 8/6/2009 sehingga 19/7/2009..tapi sejak gred pensyarah ditukar daripada DG ke DH , maka pensyarah tidak boleh bercuti seperti pelajar..maka pada ketika inilah, semua pensyarah akan sibuk..bukan sibuk mengajar tapi sibuk dihantar kursus, sibuk mintak cuti , sibuk meeting dan sibuk kat meja org lain sbb tak tau nak buat apa..so apa yang saya sbuk sepanjang 6 minggu nie…

*
*
*
*
Pertama..


- saya telah sibuk memohon cuti selama 5 hari dari 29/6/2009 – 3/7/2009 ( telah diluluskan oleh tuan pengarah)
- sebab apa saya cuti ?
- balik umah PIL kat Kuala Kangsar selama 3 hari (MIL dah m’expresikan kerinduannya melalui telefon setelah sebulan tidak balik)
- yearly vacation wit my edy..mane?akan diceritakan kemudian
- luang masa dengan husband sbb selama ini kami duk jauh(masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, iron kain, ukur kain di badan sendiri..aik)
- balik umah mak saya kat Batang Kali (saya rindu mak saya)


Kedua



- saya telah sibuk menghadirkan diri ke kursus seperti yang tertera di dalam gambar di atas selama 3 hari di Hotel Heritage, Ipoh (tilam dia gatal..eh bukan tilam yang gatal..tapi haiwan di dalam tilam telah menggatalkan badan saya)
- dianjurkan oleh AKEPT (Higher Education Leadership Academy)
- penglibatan tenaga pengajar muda (eh mudala..umur saya baru 25 tahun) dari KKPS,KKSS,PSB,PBP,UUM,USM dan UPSI
- menambahkan ilmu saya untuk proses P&P dan memberikan semangat utk saya sambung belajar lagi..


Ketiga


- saya sedang sibuk menyediakan bahan pengajaran untuk semester depan
- oh ya, sem depan work load saya semakin bertambah ( ajar subjek C++ programming dan juga pensyarah kelas bagi kelas STM1A disamping bertugas sebagai penyelaras peperiksaan bagi unit teknologi maklumat)
- semoga kita dapat bekerjasama wahai para pelajar supaya ilmu yang akan saya curahkan nanti mendapat keberkatan bersama.


Ada lagi perkara yang akan saya sibuk menyibuk selama 6 minggu ini seperti mengikuti kursus membuat kek yang dianjurkan oleh pensyarah unit pemprosesan dan kawalan mutu makanan (nak tambah ilmu selain menghadap buku C++ saje),..semuanya akan diceritakan kemudian..

Wednesday, June 3, 2009

dari bandar ke kampung

Tajuk Teater : Puteri Pasir Salak The Musical (nak jugak itew!!)

Kejadian berlaku pada malam 24 March 2009. Puteri ima merasa sangat sedih kerana perlu diposting ke Pasir Salak dan beliau berbaring di atas tempat beradu a.k.a katil sambil menekup muka dengan bantal. Putera ady duduk disebelahnya sambil memujuk.

Puteri ima : dinda tak mahu pegi sana kanda..dinda tak mahu…dinda tak sanggup lagi tinggal jauh dengan kanda..cukupla waktu dinda bertapa menuntut ilmu dulu di kepulauan riau-johor..

Putera ady : takpela dinda..inilah namanya pengorbanan untuk anak bangsa kita..pahala besar ALLAH beri pada dinda tu..

Puteri ima : siapa akan memasak santapan kanda, siapa akan mendobi pakaian kanda dan kalau kanda jatuh gering siapa akan menjaga kanda..(sambil menangis)

Putera ady : takpela dinda..kita bekorban untuk sementara waktu sahaja..sabar ye syg..

Malam itu putera ady mengemas semua barang puteri ima untuk dibawa.puteri ima tidak memegang satu barang pun.Beliau hanya mengangguk jika ditanya putera ady tentang barang mana yang ingin dibawa.Hari dinanti telah tiba, kenderaan gajah (agak2 la ima, okla2 kereta) telah disediakan untuk membawa puteri ima ke Pasir Salak.
Dalam perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam itu, kelihatan seekor monyet melintas jalan sambil menepuk2 tangan ke atas (buat gaya sket).

Putera ady : eh monyet tue says welcome pada dindala..

Puteri ima : nak balik subang!!!huhuhu

Kejadian ini berlaku pada 3 purnama yang lepas, tapi sekarang puteri ima telah menerima hakikat.. Puteri ima diberi tugas untuk mencurahkan ilmu pertapaan mengenai sistem digital (binary,octal,hexa,decimal,get,flip flop, register, counter). Beliau tenang di sini walaupun hanya seminggu atau 2 minggu sekali dapat bertemu suami tercinta..tiada hiruk pikuk kota, tiada belantara batu bata..tiada kenderaan gajah( ima!..yela2 sory..kereta..)beratur panjang di Federal Highway..yang ada kedamaian sawah padi terbentang luas..liuk lentok daun pisang berirama mengikut angin..orang kampong yang ramah dan mesra..santapan yang murah dan sedap ( ais kacang 60 sen je tue) dan gelagat rakan dan pelajar yang dapat mengubat sedikit kerinduan beliau pada putera ady.


“saya menyifatkan pemergian saya ini sebagai satu perjalanan mencari pengalaman dan ilmu untuk memperbaiki diri dan masa depan kami. Saya berdoa dan berharap ALLAH SWT akan melindungi saya sepanjang merantau dan mengkabulkan impian saya untuk berjaya”

“untuk berjaya, seseorang itu perlu berkorban dalam apa jua perkara termasuk meninggalkan org2 yang disayangi”

dewan kuliah

bilik seminar, bilik pensyarah, unit2

makmal komputer

library



admin

bilik pensyarah


tempat kerja

cafe (view dari tingkap tempat kerja..damaikan?)

Monday, June 1, 2009

Aik!apsal baru nak buat blog nie?

Remaja purba pon dah ada blog, engkau baru nak buat 1st entry..
Blog bukanla sesuatu yang wajib bagi seseorang..tue sume org taula ima...Jadi kenapa ima membuka sebuah blog?entah, saje kut…ehhh itu bukan jawapan saya.. jawapannya..for me, a blog is a website, usually maintained by an individual…dah..dah..cakap bahasa ibunda..
Baikkkk…

Blog nie bagi saya adalah satu laman web yang dijaga oleh saya sebagai perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online.Tolong ima terangkan isi penting ayat itu…aik satu ayat pun nak kena jelaskan isi penting ke?ok..diulang!blog sebagai perkongsian maklumat serta diari persendirian.so maksudnya di sini bukan niat nak show off atau nak buat cerita yang bukan2 tetapi sekadar berkongsi maklumat..sesapa yang tak nak berkongsi maklumat dengan saya, boleh tekan butang pangkah warna putih berlatarbelakang warna merah di atas…ooo butang close ye..yup! Kenapa isi penting lagi panjang dari jawapan?


 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.