Sunday, October 23, 2011

Julai-September 2011

Assalamualaikum semua..

Sahabat aku, ayu kamalia bertanya di fb kenapa aku dan sahabat2nya yang lain sudah lama tidak mengemaskini blog.Terima kasih di atas pertanyaan itu kerana aku pun tidak menyangka blog ini sudah 5 bulan tidak dikemaskini.Alasan aku bukan kerana sibuk melayan kerenah anak seperti sahabat yang lain,tetapi melayan kerenah diri yang rasa semua benda dia mahu buat.Kadang2 ada cerita yang ingin dikongsi, tetapi bila si suami tidak mengizinkan maka aku wajib menurutinya.Jadinya terbengkalailah blog selama ini.Itupun cerita Julai hingga September sahaja yang aku masih ingat.Buat sahabat ini yang sudah lama tidak bersua, ini buat kamu dear.

Julai 2011

Setiap 2 minggu sekali akan membawa anak-anak ini berjalan2.Kali ini, bawa mereka shopping ke Sunway Pyramid.Ohya si adik sudah pandai bercakap dan sudah pandai memanggil aku ummi jika diminta, tapi cuma menyebut mi sahaja yang um tu dia belum fasih.terima kasih sayang, itu perkataan paling indah ummi pernah dengar.Baju dan kasut yang ummi beli nampaknya dah senteng, tapi cik edy cepat2 tarik tangan ummi bila ummi belek2 skirt cantik2 di shopping complex.cik edy tak nak kakak dan adik pakai skirt lagi,katanya dah besar.kalau nak beli skirt sekarang ni, ummi kena belikan legging sekali, baru cik edy izinkan.tapi kakak dah nak ke tadika tahun depan, ummi sekarang asik belikan buku dan stationery untuk dia.ohya kakak dah pandai baca alfatihah dan doa makan. brilliant sayang!!ibu,ayah,ummi dan cik edy sayang kalian berdua sepenuh hati.




Bercuti ke A'Famosa Resort, Melaka.Bermalam di villa 4 bilik dengan private pool.Tengok tu edy melayan pool sorang2.hanya 2 bilik yang digunakan.selebihnya dibiarkan kosong.Seharian aktiviti di sini:water world, animal world dan cowboy town.Alhamdulillah dapat tenangkan fikiran walaupun sekejap saja di sini.

Ogos 2011


Kereta hitam kami dilanggar pada waktu pagi sebelum aku bertolak ke tempat kerja.Yang melanggar kereta ini adalah jiran aku!!Dia tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku.ceritanya begini, aku keluarkan kereta dan pergi untuk mengunci pagar seperti biasa.sedang mengunci pagar, aku mendengar bunyi kuat rupa2nya kereta kancil jiran dah melekat pada kereta hitam.Pada masa yang sama anak jiran aku itu baru nak mengelap kabus pada keretanya.Jiran2 surirumah yang lain semua keluar.masa ditarik kereta dia dari kereta hitam, bunyi benda pecah2 jelas.haruslah aku mengucap panjang.sudahlah aku ada banyak kerja di pejabat pagi itu.setelah aku minta nombor telefon dia, dia terus tinggalkan aku macam itu sahaja.apa lagi aku terus menelefon edy.tapi kali ini aku tidak menangis menelefon edy seperti satu tika dulu, sewaktu aku pertama kali disaman oleh polis. itupun kerana tidak memakai tali pinggang.aku tak tahu kenapa air mata aku mengalir laju hanya kerana disaman.hehe edy cool saja.dia terus balik dari opis.itupun memakan masa satu jam suku.aku ke rumah jiran aku itu dan memaklumkan pada isterinya, tapi isterinya tidak memberikan kerjasama.jiran aku yang lain memberitahu yang itu bukan kereta kancilnya tetapi dipinjam dari rakan kerana jiran aku itu tidak mempunyai kereta.dia bekerja sbg pemandu lori dan isterinya bekerja di pasaraya econsave.kasihan pula kami.tengahari jiran aku itu datang, setelah berbincang, aku dan edy membuat keputusan tidak melaporkan pada polis asalkan dia mengembalikan kereta kami ke bentuk asal.kasihan kerana kos membaiki kereta ini pun dibayar oleh rakannya itu..


Alhamdulillah tahun ini aku beraya di rumah mertua di Kuala Kangsar.Pergi ke Ipoh menziarahi semua saudara mara edy yang telah uzur dan tua.Raya ketiga kami berada di Sabak Bernam, menziarahi saudara mara sebelah emak aku pula.Pergi melihat kebun kelapa emak, yang selama ini diuruskan oleh ibu saudara.Masa ini sebiji kelapa pun kami tak bawa pulang.Ada kebun kelapa tapi kelapa tetap kami beli di kedai runcit..hehe

September 2011



Alhamdulillah sekali lagi kerana kami telah mendapat kunci rumah.Keputusan membeli rumah ini dibuat setelah kami pulang dari menunaikan umrah tahun lepas.Maklumlah harga rumah sekarang semakin naik sampai kadang2 rumah kecil sahaja tetapi harga mencecah ratusan ribu ringgit.Rumah impian di Subang dan Shah Alam, tetapi harga 400 ribu sehingga jutaan ringgit, kami tidak mampu.Maka impian terkubur.Tapi buat apa ditunggu lagi, harga rumah semakin tidak logik. 2 minggu setelah pihak pemaju telefon boleh ambil kunci, baru kami pergi ambil.Bukan tidak gembira, tetapi kami tidak akan tinggal di sini kerana aku bekerja jauh.hanya sebagai rumah hujung minggu insyaALLAH.Rumah ini menjadi pilihan juga kerana tanah di belakangnya sangat luas.boleh buat dapur kelak.Ohya gambar yang ada perabot itu gambar rumah contoh.Rumah kami belum dicuci, malah grill pun belum di pasang.Jika ingin ke Genting Highland, jemputlah singgah ke rumah.

Pengajian telah masuk semester ke 2.Alhamdulillah.

Oklah itu sahaja ceritanya. ada suka dan ada duka.Biasalah setiap saat kita diuji ALLAH.Suka itu ujian dan duka juga ujian.Cuma aku selalu berdoa agar ujian itu tiba pada waktu dan tempat yang betul, dan agar aku membuat pilihan yang betul bagi menghadapi ujian itu.

Thursday, April 14, 2011

aku sibuk?atau buat2 sibuk?whatever

harini tukar blog template.dah 3 tahun buat blog asik ngadap theme yang sama.3 tahun sudah tapi penulisan tak sampai 50 pun..memang jenis liat tulis blog.ok nak nyatakan di sini i bukan blogger tegar sbb aku bukan posting 10 cerita sehari dalam blog, macam takde keje lain nak dibuat..sedang sibuk memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3 Pengaturcara, dari Kementerian Sumber Manusia supaya diberi pentauliahan pencapaian terdahulu.jadi kalau dijemput mengajar di luar pun layak sbb ada SKM ni.Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh JPKK.Dari tahun lepas dah siap fail2 tapi tak dinilai lagi. Kursus 1Malaysia dah lama jalan.harap2 dapat kelulusan RM50 bagi sejam mengajar..workstation dah nampak macam meja tukang jahit.berselerak.tapi waktu study dulu aku suka meja aku berselerak dgn buku2 dan alat tulis, suka membaca atau buat keje kalo meja berselerak.mood nak study tu lain macam.lautan fikiran tu rasa lebih luas.ok metafora melampau kat situ sbb sampai lautan fikiran walaupun kadang2 secebuk fikiran pun tak sampai.metafora lagi.ok abaikan.dah nak abis sem.pastu cuti 5 bulan.2 minggu lagi nak abis macam2 datang sedebuk:2 research paper, 3 presentation, 1 project, quiz, 4 tests and 3 more assignment..pheww tunggula..abis je 2 minggu ni aku tak nak pegang buku langsung.ceh boleh tahan ke?dah cakap kat edy:no wayang, no shopping, no jalan2 sampai hujung bulan.pastu nak jumpa 2 gegirl tu.nak cium sampai diaorg marah.next week jugak seminar ICT 3 hari di Ansana Hotel,KL.bertugas sebagai AJK yang tak tau apa tugas dia lagi.kita tgkla je lah nanti.okla sampai di sini.nak paste gambar blog lama buat kenangan.

Sunday, April 10, 2011

Sehari di Langkawi for my birthday

Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah untuk 27 tahun usia yang telah Engkau panjangkan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau anugerahkan. Terima kasih untuk setiap cubaan dan ujian yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk kehadiran insan-insan membahagiakan yang Engkau berikan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau hulurkan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku dan amalanku terhadapMu.
Dalam usia begini..aku ingin lebih dekat padaMu Ya Rahmann..Pimpinlah hati hambaMu ini Ya Rahim..Ketahuilah sesungguhnya aku masih berusaha ke arah itu..
Pagi Sabtu 9 April, aku ke kelas macam biasa..sedang menelaah subjek automata untuk kuiz,edy telefon mengkhabarkan sesuatu yang buat aku terkejut.sempena hari lahir aku ini katanya, dia dah belikan tiket flight ke Langkawi.Bayangkan pukul 10 pagi itu dia berkejar ke kaunter untuk belikan tiket dan kami akan berlepas ke Langkawi pukul 6 ptg hari yang sama.Ayat pertama aku "kita akan pergi sehelai sepinggang?"edy cakap baju2 kita boleh beli di sana nanti.aku balas "kita ni gila la"hahaha.pastu sama2 ketawa..
lepas kelas terus pecut ke KLIA, sampai Langkawi pukul 7 ptg.kereta sewa dah ready tunggu.tinggal nak cari hotel atau chalet.akhirnya chalet di Pantai Cenang jadi pilihan.esok hari 10 april, edy ucapkan selamat hari lahir kat aku.ini kali kedua kami ke Langkawi, jadi kami hanya akan buat aktiviti yang tidak kami buat pada lawatan kali pertama..jadi biar gambar handset ini sajalah yang bercerita..

mandi di Pulau Beras Basah
eagle feeding
bagi ikan makan daki di kaki

jungle trekking
island hopping

happy tour

insan yang dirai

sehelai duapinggang

sebagai perempuan biasa, balik tu haruslah ke Idaman Suri. beli food warmer.di airport barang2 kena cukai oleh kastam sbb dtg langkawi kurang 48 jam.tapi takpe..yang penting kami happy sangat2 walaupun sehari sahaja di Langkawi..kualiti hari itu yang penting, bukan kuantiti hari.
Terima Kasih buat sekian kalinya Ya Allah..

Tuesday, April 5, 2011

bila mood romantik dia datang

pagi2 ahad edy keluar nak beli bekfes..lama betul beli bekfes..
aku dah siap sidai kain, siram pokok bunga, cuci2 sikit porch depan..pun edy tak balik2 lagi..
aku masuk rumah, layan TV..dekat 2 jam kemudian baru dia balik..
aku konon nak merajuk la..buat tak tau je dia balik..sekali datang kat belakang aku kasi sejambak bunga..aku pun melompatla dari sofa..eh nape abg beli bunga ni..jawab edy..abg teringat masa kita bercinta2 dulu,berjumpa setiap hari ahad, mesti abg bawak bunga.. ye betul, kadang bila jumpa dia letak sekuntum bunga ros kat dashboard kereta la..bila jumpa lain kali kat kerusi belakang kereta la..kadang2 kat kerusi aku duduk pun ade..sib baik tak tercucuk duri...dia kata sory balik lambat jugak sbb dia nak cari nasi lemak daun pisang kegemaran aku ni...air milo panas pun dia beli..isk2 kan milo panas sy boleh bancuh je kat rumah..dia cakap setiap bunga tu dia pilih sendiri..aku tanya la apa maksud warna2 tue..edy kata 3 kuntum warna merah maksudnya I LOVE U, 2 kuntum peach roses maksudnya 2 puteri kesayangan tu ..2 kuntum warna puteh untuk kesucian hati dan cinta kita berdua..warna kuning tu pulak maksudnya kesucian cinta tu bertakhta di hati kita...Subhanallah..
You make my heart melt, and my stomach fill with butterflies...

Wednesday, March 23, 2011

malas kerana rindu

2 tahun lebih tinggal jauh dgn edy, i'm okay.
sekarang edy tinggalkan 5 hari pun dah tak tentu arah.
malas nak buat semuanya.
malas nak pergi kelas sbb takde org nak buka gate balik nanti.
ok alasan teruk di situ.
tapi tekan minyak jugak pergi setelah dipujuk bagai bayi oleh edy.
belum Subuh, edy call.
cakap dpt tido melintang di king size bed, Hilton Kuching.
comel tapi ada unsur untuk buat aku jeles pagi2.
dah janji akan bawa aku ke sana Jamadilakhir ini.
esok atau lusa panggilan rindu dari Kota Kinabalu pula.
ada rindu lagi kuat sebenarnya..
rindu pada Balqis Nur Qaseh..
rindu pada Balqis Nur Qaseda..
tiap hari tanya ibu mana cik ma..mana cik dy..
tiap hari ibu jawab cik ma keje..cik dy tak cuti..
bila jumpa..seringkali..
anak 3 tahun petah dan tiada pelat itu bersuara..
"cik ma, atas sana ada Allah"
"Allah sayang kak long, Allah sayang cik ma"
bagai memujuk aku, bagai memahami aku..
anak 1 tahun 4 bulan itu pula..
"da..dada..dada.."
cik ma n cik dy sayang tahap infiniti pada kalian..

Wednesday, March 16, 2011

Rezeki ALLAH

Budaya Melayu kita, banyak menyoal. Bila dah habis belajar, org tanya dah ada pakwe belum?bila nak tunang?bila nak kawen?dah kawen, bila nak ada anak pulak?bila dah ada anak, bila nak tambah anak?Subhanallah..wahai manusia, kembalilah pada ketentuan ALLAH..ALLAH tidak pernah menentukan manusia yang telah berkahwin WAJIB ada anak untuk masuk ke JannahNya. ALLAH tidak pernah menentukan manusia yang telah mempunyai anak WAJIB menambah anak untuk menerima rahmatNya.Malah mata, hidung, mulut, telinga juga Allah tidak MEWAJIBKAN ada pada diri kita. Itu hak ALLAH. Jika Allah mahu beri, Dia boleh bagi.Jika Allah tak mahu beri, Dia boleh ambil kembali.Nah apa yang wajib bagi kita?kewajiban beribadah spt solat, puasa, zakat, haji bagi yang mampu adalah antara bekalan bagi kita. Kewajiban beribadah bukan untuk Allah, kerana Allah tidak perlukan apa2 dari kita, makhlukNya. Kita sebagai makhlukNya memerlukan Allah. Walaupun satu ketika tiada seorang manusia menuhankanNya, Allah tetap Tuhan penguasa seluruh alam.Tiada sedikit pun berkurang.

Hampir 4 tahun hidup berdua bersama edy.Masih bahagia.Masih kukuh.Masih sayang.Masih cinta.Masih kadang2 berlagak kehulu kehilir spt pengantin baru.Allhamdulillah atas semua ke”masih”an itu.Ohya, masih menumpang kasih pada 2 anak kurniaan Allah itu. Awal perkahwinan, tidak pernah kami memikirkan tentang anak, malah sebelum berkahwin tidak pernah membincangkan tentang bilangan anak yang dirancang. Kehendak keluarga mahu aku berkahwin cepat supaya tidak berlaku yang bukan2. Tahun akhir di universiti,banyak menguji tanggungjawab aku sebagai isteri.6 bulan perkahwinan ( Jan 2008), period aku lewat buat pertama kalinya.Edy bawa aku ke klinik.Lepas buat UPT di klinik, gynae tunjuk pada aku result.Itulah buat pertama kali dan terakhirnya sampai sekarang , its double lines. Gynae suruh dtg next week untuk scan sbb katanya masih awal. Tapi seperti aku katakan tadi, jika Allah tak mahu beri lagi, Dia boleh ambil kembali. .Terima Kasih Ya Allah kerana beri perasaan indah itu walaupun seketika( sgt seketika perasaan itu kerna esok harinya ia telah dijemput oleh maha pencipta)

Awalnya, jika orang bertanya bila nak ada anak, terasa hati terketar-ketar menahan sedih, terasa mata berkedip-kedip menahan airmata dari jatuh di depan org, terasa otak bekerja keras mencari jawapan(ok menyesal skrang sbb biar otak bekerja keras memikirkan jawapan kepada soalan ntah ape2). sekarang tahap ketepuan telinga aku dah tinggi.kahkah *gelak jahat

“Wah ima..tak penat ke balik keje, pegi belajar sampai malam”dialog satu

“Dia kan superwoman”dialog dua

Aku tersenyum.Kerana disebalik superwoman itu,ada wanita teringin menjadi ibu menangis di bawah shower mandi supaya suami tidak tahu (sebolehnya aku hanya ingin berkongsi senyum denganmu) .Kerana di sebalik superwoman itu, ada wanita teringin menjadi mama yang menangis sendirian di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang dari kelas. Kerana di sebalik superwoman itu, ada wanita teringin menjadi ummi yang menangis sepanjang memandu pulang dari hospital kerana tiada hasil apa2 dari 7 suntikan yang pernah diterima.Kerana di sebalik superwoman itu, ada seorang wanita teringin menjadi mummy yang menangis di dalam hati, diam sendiri kerana rakan2 asyik bercerita tentang anak masing2.Ketahuilah bahawa "Superwoman" ini sering tewas.

Sejujurnya, aku tidak mahu berkongsi emosi, aku tidak mahu berkongsi rasa kerana aku tidak suka diberi simpati.Aku mahu sentiasa ketawa sampai bila-bila.

Namun aku bersyukur dengan setiap pengalaman yang Allah SWT berikan kepada aku. Tidak semua orang mendapat pengalaman “menunggu” ini.Maafkan aku jika sesekali aku memberontak padaMu Ya Allah walaupun aku tahu aku telah bersetuju dan berjanji padamu tentang rezeki, amal nasibku di Loh Mahfuz Mu sejurus Kau tiupkan nyawa dan roh ke dalam diriku.

rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara.semoga keluarga bahagia itu dapat dibina di sini

Jangan ditanya apakah perancangan keluarga aku dan edy kerana aku tidak punya jawapan itu.Doakan sahaja kami yang masih menanti ini.Itukan lebih baik daripada sibuk bertanya.noktah.

Tuesday, March 8, 2011

kesayangan kami


*kesayangan edy*
penenang hati edy

*kesayangan ima*
penyembuh jiwa ima

Thursday, March 3, 2011

alaaaa sweetnya


pagi ni bukak email ofis : zarimah@kkkla.edu.my nak tgk ada apa2 memo ke..
sekali tgk email from : eddyar@malaysiaairlines.com kat atas sekali dlm inbox..

Assalammualaikum.
Sayang selamat HARI JUMAAT ya.. & nak bagi tau kat ayg I LOVE U
terima kasih diatas semua nya ya.

aloo.aloo...
edy mmg tak pernah miss ucapkan selamat hari jumaat..kdg2 kat sms..kdg2 waktu pagi sebelum kuar keje..kdg2 lepas bgn tido..kdg2 tgh aku iron baju dia..kdg2 time aku buat bekfes..tak pernah sekali dia lupa..dari mula berkawan sampai sekarang...

Rezeki edy pada hari selepas solat Jumaat (9 Julai 2010) mengabadikan gambar betul2 di hadapan pintu Kaabah..tak semua org mendapat peluang macam ini termasuk aku..ketika ini aku nampak muka dia sejuk dan tenang dipandang..alhamdulillah


andai nanti kamu tiada lagi disisi...ucapan itu adalah perkara yang paling akan aku rindui..
Selamat Hari Jumaat Kembali Sayang..

Sunday, February 27, 2011

imkindabusy

busy with works
busy with studies

busy with group discussion

busy with books, journal, test, assgmt..etc

busy with housechores
aku busy sampai demam..nampak sgt antibodi tak kuat..kahkahkah

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.