Wednesday, March 16, 2011

Rezeki ALLAH

Budaya Melayu kita, banyak menyoal. Bila dah habis belajar, org tanya dah ada pakwe belum?bila nak tunang?bila nak kawen?dah kawen, bila nak ada anak pulak?bila dah ada anak, bila nak tambah anak?Subhanallah..wahai manusia, kembalilah pada ketentuan ALLAH..ALLAH tidak pernah menentukan manusia yang telah berkahwin WAJIB ada anak untuk masuk ke JannahNya. ALLAH tidak pernah menentukan manusia yang telah mempunyai anak WAJIB menambah anak untuk menerima rahmatNya.Malah mata, hidung, mulut, telinga juga Allah tidak MEWAJIBKAN ada pada diri kita. Itu hak ALLAH. Jika Allah mahu beri, Dia boleh bagi.Jika Allah tak mahu beri, Dia boleh ambil kembali.Nah apa yang wajib bagi kita?kewajiban beribadah spt solat, puasa, zakat, haji bagi yang mampu adalah antara bekalan bagi kita. Kewajiban beribadah bukan untuk Allah, kerana Allah tidak perlukan apa2 dari kita, makhlukNya. Kita sebagai makhlukNya memerlukan Allah. Walaupun satu ketika tiada seorang manusia menuhankanNya, Allah tetap Tuhan penguasa seluruh alam.Tiada sedikit pun berkurang.

Hampir 4 tahun hidup berdua bersama edy.Masih bahagia.Masih kukuh.Masih sayang.Masih cinta.Masih kadang2 berlagak kehulu kehilir spt pengantin baru.Allhamdulillah atas semua ke”masih”an itu.Ohya, masih menumpang kasih pada 2 anak kurniaan Allah itu. Awal perkahwinan, tidak pernah kami memikirkan tentang anak, malah sebelum berkahwin tidak pernah membincangkan tentang bilangan anak yang dirancang. Kehendak keluarga mahu aku berkahwin cepat supaya tidak berlaku yang bukan2. Tahun akhir di universiti,banyak menguji tanggungjawab aku sebagai isteri.6 bulan perkahwinan ( Jan 2008), period aku lewat buat pertama kalinya.Edy bawa aku ke klinik.Lepas buat UPT di klinik, gynae tunjuk pada aku result.Itulah buat pertama kali dan terakhirnya sampai sekarang , its double lines. Gynae suruh dtg next week untuk scan sbb katanya masih awal. Tapi seperti aku katakan tadi, jika Allah tak mahu beri lagi, Dia boleh ambil kembali. .Terima Kasih Ya Allah kerana beri perasaan indah itu walaupun seketika( sgt seketika perasaan itu kerna esok harinya ia telah dijemput oleh maha pencipta)

Awalnya, jika orang bertanya bila nak ada anak, terasa hati terketar-ketar menahan sedih, terasa mata berkedip-kedip menahan airmata dari jatuh di depan org, terasa otak bekerja keras mencari jawapan(ok menyesal skrang sbb biar otak bekerja keras memikirkan jawapan kepada soalan ntah ape2). sekarang tahap ketepuan telinga aku dah tinggi.kahkah *gelak jahat

“Wah ima..tak penat ke balik keje, pegi belajar sampai malam”dialog satu

“Dia kan superwoman”dialog dua

Aku tersenyum.Kerana disebalik superwoman itu,ada wanita teringin menjadi ibu menangis di bawah shower mandi supaya suami tidak tahu (sebolehnya aku hanya ingin berkongsi senyum denganmu) .Kerana di sebalik superwoman itu, ada wanita teringin menjadi mama yang menangis sendirian di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang dari kelas. Kerana di sebalik superwoman itu, ada wanita teringin menjadi ummi yang menangis sepanjang memandu pulang dari hospital kerana tiada hasil apa2 dari 7 suntikan yang pernah diterima.Kerana di sebalik superwoman itu, ada seorang wanita teringin menjadi mummy yang menangis di dalam hati, diam sendiri kerana rakan2 asyik bercerita tentang anak masing2.Ketahuilah bahawa "Superwoman" ini sering tewas.

Sejujurnya, aku tidak mahu berkongsi emosi, aku tidak mahu berkongsi rasa kerana aku tidak suka diberi simpati.Aku mahu sentiasa ketawa sampai bila-bila.

Namun aku bersyukur dengan setiap pengalaman yang Allah SWT berikan kepada aku. Tidak semua orang mendapat pengalaman “menunggu” ini.Maafkan aku jika sesekali aku memberontak padaMu Ya Allah walaupun aku tahu aku telah bersetuju dan berjanji padamu tentang rezeki, amal nasibku di Loh Mahfuz Mu sejurus Kau tiupkan nyawa dan roh ke dalam diriku.

rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara.semoga keluarga bahagia itu dapat dibina di sini

Jangan ditanya apakah perancangan keluarga aku dan edy kerana aku tidak punya jawapan itu.Doakan sahaja kami yang masih menanti ini.Itukan lebih baik daripada sibuk bertanya.noktah.

5 comments:

-->>>> N.A.M said...

bersyukur ko takde lg ditanye fasa yang pertama tuh bertahun2 lamenye...ujian dtg pelbagai rupa...tp dlm ujian itu masih ade nikmat yang tersembunyi...sebagai hamba yang lemah...bersyukur la apa yang ade...bile kita rase susah...masih ada yang lagi susah...wallah hu a'llam

ima said...

dunia boleh berbuat apa2 tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran ALLAH..Jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang org lain sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH..Jika apa yang org lain rasa rugi ttg kita, ALLAH akan memberikan keuntungan yang jalan2 manusia tidak sangka sbb ALLAH boleh mewujudkan keajaiban dlm kehidupan (petikan ceramah ustaz asri)

ima said...

kadang2 sbg manusia aku seringkali tergelincir dari nikmat bersyukur..alhamdulillah kita ada keluarga yang sering merangkul tangan ini agar tidak terus tergelincir..sesungguhnya aku selemah lemah hambaMU Ya ALLAH..

:: kewek :: said...

entry ni buat mata aku berair dan kucuba supaya tidak jatuh di hadapan orang.
Aku doakan ko akan mendapat zuriat yang soleh.
cepat atau lambat, bukan urusan kita.
Banyakkan berdoa.percaya ada ganjaran besar menanti. Kalo tidak di dunia, Pasti di akhirat sana.
Selamt Berpuasa fren

eima+eddy said...

Terima kasih sahabat, doakan kami yang masih menunggu ini.kadang2 rasa penat, tapi usaha perlu diteruskan kerana kita tidak tahu usaha kita yang mana akn diterima ALLAH.

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.