Wednesday, June 3, 2009

dari bandar ke kampung

Tajuk Teater : Puteri Pasir Salak The Musical (nak jugak itew!!)

Kejadian berlaku pada malam 24 March 2009. Puteri ima merasa sangat sedih kerana perlu diposting ke Pasir Salak dan beliau berbaring di atas tempat beradu a.k.a katil sambil menekup muka dengan bantal. Putera ady duduk disebelahnya sambil memujuk.

Puteri ima : dinda tak mahu pegi sana kanda..dinda tak mahu…dinda tak sanggup lagi tinggal jauh dengan kanda..cukupla waktu dinda bertapa menuntut ilmu dulu di kepulauan riau-johor..

Putera ady : takpela dinda..inilah namanya pengorbanan untuk anak bangsa kita..pahala besar ALLAH beri pada dinda tu..

Puteri ima : siapa akan memasak santapan kanda, siapa akan mendobi pakaian kanda dan kalau kanda jatuh gering siapa akan menjaga kanda..(sambil menangis)

Putera ady : takpela dinda..kita bekorban untuk sementara waktu sahaja..sabar ye syg..

Malam itu putera ady mengemas semua barang puteri ima untuk dibawa.puteri ima tidak memegang satu barang pun.Beliau hanya mengangguk jika ditanya putera ady tentang barang mana yang ingin dibawa.Hari dinanti telah tiba, kenderaan gajah (agak2 la ima, okla2 kereta) telah disediakan untuk membawa puteri ima ke Pasir Salak.
Dalam perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam itu, kelihatan seekor monyet melintas jalan sambil menepuk2 tangan ke atas (buat gaya sket).

Putera ady : eh monyet tue says welcome pada dindala..

Puteri ima : nak balik subang!!!huhuhu

Kejadian ini berlaku pada 3 purnama yang lepas, tapi sekarang puteri ima telah menerima hakikat.. Puteri ima diberi tugas untuk mencurahkan ilmu pertapaan mengenai sistem digital (binary,octal,hexa,decimal,get,flip flop, register, counter). Beliau tenang di sini walaupun hanya seminggu atau 2 minggu sekali dapat bertemu suami tercinta..tiada hiruk pikuk kota, tiada belantara batu bata..tiada kenderaan gajah( ima!..yela2 sory..kereta..)beratur panjang di Federal Highway..yang ada kedamaian sawah padi terbentang luas..liuk lentok daun pisang berirama mengikut angin..orang kampong yang ramah dan mesra..santapan yang murah dan sedap ( ais kacang 60 sen je tue) dan gelagat rakan dan pelajar yang dapat mengubat sedikit kerinduan beliau pada putera ady.


“saya menyifatkan pemergian saya ini sebagai satu perjalanan mencari pengalaman dan ilmu untuk memperbaiki diri dan masa depan kami. Saya berdoa dan berharap ALLAH SWT akan melindungi saya sepanjang merantau dan mengkabulkan impian saya untuk berjaya”

“untuk berjaya, seseorang itu perlu berkorban dalam apa jua perkara termasuk meninggalkan org2 yang disayangi”

dewan kuliah

bilik seminar, bilik pensyarah, unit2

makmal komputer

library



admin

bilik pensyarah


tempat kerja

cafe (view dari tingkap tempat kerja..damaikan?)

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.