Monday, September 6, 2010

Ramadhan semakin berlalu

assalamualaikum wbt..

Ramadhan makin hampir meninggalkan kita..terasa macam tak cukup lagi merebut peluang yang diberikan ALLAH pada bulan yang dikhaskan untuk hamba2Nya ini..apa agaknya yang kita rasa selepas Ramadhan ini kalau sebelum ini pagi sahaja bangun untuk mendapatkan pahala bersahur, pagi2 sampai di ofis mendengar org bertadarus di surau, selepas isyak terus bangun menunaikan terawih dan witir..pukul 3 pagi org berebut menunaikan qiamulail yang dianjurkan oleh masjid..tapi selepas Ramadhan, adakah kita rindukan semua ini?tiada lagi terawih, tiada lagi sahur..Ya Allah janganlah Kau takdirkan Ramadhan ini Ramadhan terakhir untukku..Berilah hambamu ini peluang untuk membaiki Ramadhan pada tahun depan..aturan ALLAH, Ramadhan pergi, Syawal pula menjenguk kita..

Tahun ini sy dan edy akan beraya sebelah mertua edy di Btg Kali..ini merupakan kali pertama edy beraya di sebelah mertuanya dan TIDAK bekerja..sebelum ini selepas sembahyang raya dia dah ke ofis(teringat 2 tahun lepas pagi raya dia bawak lemang ke ofis n kawan2 mat saleh dia tanya "edy, is this sushi?" sbb lemang kan di balut daun pisang, nampak macam sushi yang dibalut seaweed..hehe)

Jadi tahun ini kami, mak dan family abg2 saya akan jalan2 ke Sabak Bernam..Ye mak saya org jawa Sabak..nanti ade rezeki kita balik Kedah pulak untuk menziarahi kubur arwah ayah..mak sy cuma berpesan pada mak saudara dan sepupu sy di sana untuk membersihkan kubur arwah..tapi doa kami untuk arwah ayah tak pernah lekang dari bibir..ermm

Best beraya style org Jawa ni..mak akan bercakap bahasa yang kami paham tapi kami tak tau nak bercakap balik..hehehe berjumpa bokde(makcik), pakde(pakcik) dan sepupu2 sy..beraya ke semua rumah sanak saudara tapi sekejap2 je sbb nak kejar semua rumah dalam satu hari..alhamdulillah edy cepat adapt dgn budaya baru ni..ok edy dah tukarkan duit raya di Subang tapi dapat yang RM5 je..RM1 dah habis..saya diminta oleh edy untuk tukar RM1 kat area Banting ni..malasnya sbb tiap2 tahun ini tugas dia..hehehe

sbb ini sy malas..panjangnyeee beratur..

balik ofis terus saya masukkan duit dlm sampul, sbb student dah cuti semester, so takde keje sangat..kwn2 pun dah banyak amik cuti..sy mula cuti hari khamis sbb sy balik dekat je..Selamat Hari Raya Aidilfitri dari sy dan edy..maaf zahir batin dari kami berdua..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.