Monday, September 27, 2010

Lambaian Baitullah (Madinah Al Munawwarah)

maaf kerna masa kadang2 tidak mencukupi bagi saya menyusun kata di sini..baiklah setelah 6 jam perjalanan dari Jeddah di mana 6 jam itu banyak diisi dengan aktiviti mentidurkan diri sebab lampu bas ditutup..mata ingin lihat permandangan, tapi apakah yg boleh dilihat di kala matahari telah menyembunyikan diri..kami menaiki bas bersama jemaah umrah di bawah Felda Tours and Travel..mereka agak berusia dan sy yakin di dalam kumpulan kami hanya sy dan edy di dalam lingkungan umur 20-an..Kami tiba di Kota Madinah pada jam 3 pagi..melewati sebuah kawasan yang terang benderang dengan lampu, cik arah iaitu isteri Hj Syaaban bersuara"ima, di situlah Masjid Nabawi.." hati tersentak..antara percaya atau tidak yang sekarang saya berada hampir dengan makam kekasih Allah, Rasulullah SAW..

kami menginap di Hotel Al Fayroz, Madinah..hotel ini sgt hampir dengan Masjid An Nabawi..hanya 2 minit perjalanan..setelah merehatkan diri, pukul 3.30 pg buat pertama kali azan dari Masjid Nabawi berbisik lembut ke telinga kami..Subhanallah aku rindukan saat2 ini lagi..Kami menunaikan solat Subuh di hotel kerna belum fasih untuk ke Masjid Nabawi ketika itu..
sarapan pagi kami
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk berziarah..jemaah lelaki akan ke Perkuburan Baqi dan jemaah wanita akan berziarah ke Makam Rasullullah SAW dan Raudhah..

Pertama kali saya akan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi bersama jemaah wanita yang lain.

Kami memasuki melalui salah satu pintu di Masjid Nabawi, diperiksa oleh cik pengawal keselamatan yang bertutup litup dengan jubah dan purdah hitam bagi memastikan telefon dan kamera tidak dibawa ketika memasuki masjid..tapi jemaah lelaki amat longgar..sebab itu gambar di dalam Masjid Nabawi banyak diambil oleh edy..sy dan Kak Har membawa kamera dan handset, jadi kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid Nabawi..Pada mulanya kami hanya ingin meletakkan barang2 itu di tiang masjid dan hanya bertawakal tetapi cik guard itu menasihati agar tidak berbuat begitu kerna takut hilang..berbahasa isyarat sy ketika ini kerana cik guard berbahasa Arab.Akhirnya Kak Har duduk di luar menjaga barang, sy dan cik arah masuk ke dalam untuk menziarahi Raudhah dan makam Rasulullah SAW..


Hamparan hijau ialah kawasan Raudhah.Kawasan ini tidak luas dan amat terhad tapi kuasa Allah, semua dapat bersolat sunat dan berdoa di sini.Gambar di sebelah menunjukkan Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Makam Umar Al Khatab di dalam jaring2 itu..*pic credit to edy


Raudhah di dalam masjid ini yang adalah tempat yang paling makbul untuk berdoa, seperti sabda Rasullah SAW"Antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman syurga". Terima Kasih Ya Allah kerana telah menyampaikan hambaMu ini ke tempat mulia ini dalam keadaan selamat..

Untuk masuk ke kawasan Raudhah, para jemaah akan dibahagikan mengikut negara..Jemaah Malaysia akan berkumpul dengan jemaah Indonesia dan dibawa masuk bersama2 oleh cik guard..Jemaah dari negara kita dan Indonesia lebih disukai oleh cik guard kerana kita agak sopan dan tidak kasar..alhamdulillah Allah berikan peluang untuk sy bersolat sunat dan berdoa di sini..Tanpa disedari jujuran air mata laju mengalir..banyaknya dosaku padaMu Ya Allah..banyaknya doa yang ingin ku pohon padaMu Ya Allah..Alhamdulillah sy juga dapat menyampaikan salam yang dikirim oleh rakan2 kepada Rasulullah SAW dan para sahabat..

Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk mencari redhamu dan mengagungkan kemuliaan RasulMu dengan berziarah ke makamnya..

Setelah selesai, sy keluar untuk membawa Kak Har ke Raudhah pula..Ketika ini tenaga sy begitu kuat dan sy langsung tidak merasa penat walaupun sebelum itu sy ditolak2 oleh org Arab yang berbadan besar dari sy ini di dalam kawasan Raudhah..maklumlah semua ingin beribadat di situ..Cik Arah pula menjaga barang kerana beliau sakit kaki dan agak uzur..Alhamdulillah sy dan Kak Har diberi peluang kali kedua untuk masuk ke sana dengan mudah sekali tanpa menunggu lama..Peluang ini sy gunakan untuk beribadat sekali lagi kerana Raudhah hanya dibuka pada waktu2 tertentu sahaja untuk jemaah wanita..

Nanti kita sambung lagi ye..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.