Alhamdulillah Allah berikan sy masa untuk menceritakan pengalaman sepanjang menunaikan umrah bersama edy..banyak kali sy bertangguh utk bercerita..tidak tahu untuk mulakan dimana dan mengakhirkannya dimana..kerna pengalaman ini merupakan pengalaman indah kami berdua..Sy mulakan di Jeddah yer..
tiada istilah riak dan takbur singgah di hati cuma pengalaman ini diceritakan sebagai panduan kita bersama..sy dan edy telah banyak kali merancang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, sejak kami mula berkahwin, dgn mengimpikan untuk berbulan madu dan beribadat di sana..
tapi kuasa Allah, jika dia belum mengizinkan kita utk menjadi tetamuNya pasti ada sahaja halangannya..masalah visa, wang simpanan belum mencukupi, bila dah cukup dibelanjakan pula untuk hal lain..Tapi janji Allah itu pasti, bila seru diberikan dan diizinNya kita untuk menjadi tetamuNya..apa halangan pun mendatang pasti dapat ditempuhi..Alhamdulillah masuk kali ke 4 merancang kami diberi peluang itu..janji Allah itu PASTI..
selain suami, inilah peneman sy sepanjang 8 jam perjalanan.saya rasa amat berdebar ketika ini..rasa macam belum sangat bersedia..tidur tak kena..bangun tak kena..akhirnya sy ambil keputusan mendengar alunan kalamullah bagi menenangkan diri..edy?dia nampak tenang sahaja..mungkin dia tak tunjuk dari riak wajah tapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..
apalagi nak dibuat dalam 8 jam itu..tido, membaca, makan..2 kali kami dijamu..burpp alhamdulilah rezeki Allah..selain itu edy juga memberi sy tunjuk ajar mengenai ibadat umrah yang dia belajar dari seorg haji di tempat kerjanya..edy ade juga ceritakan mengenai kejuruteraan pesawat ini..ini boeing brape..apa beza antara boeing itu dan ini..knape fleet itu buka dan tutup..saya layankan aje sbb sy minat jugak mendengar mengenai bidang pekerjaannya itu..selepas 5 jam penerbangan kami telah memasuki tanah arab..
Alhamdulillah kami selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah pada waktu hampir menganjak ke Maghrib..Ya Allah kau Lindungilah kami suami dan isteri sepanjang berada di di tanah sucimu nanti... kami disambut oleh mutawwif iaitu Haji Ramli yang berasal dari Indonesia..beliau banyak berikan kami tunjuk ajar.. setelah menunaikan jamak qasar Maghrib dan Isyak di surau airport..tgk lampu di surau..cantikkan..kami meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki bas..perjalanan mengambil masa 6 jam lagi..lihat wajah kami..masih tersenyum..mungkin kerana rasa teruja itu telah mengatasi penat..mungkin kerana sahutan Masjid Nabawi itu mengatasi rasa letih.. Alhamdulillah..
0 comments:
Post a Comment