Pernah suatu ketika ketika kami menhirup udara segar di kebun mertua yang dikelilingi oleh gunung ganang..I have no life bibir si suami meluahkan rasa..saya tidak marah..saya juga mempunyai rasa yang sama tetapi tidak tahu macam mana nak meluahkannya..saya tahu itu adalah sekelumit luahan rasa hatinya..sekelumit sahaja..sabar ya sayang si isteri cuba menenangkan hati suaminya walhal pada hakikatnya hati sendiri memberontak.
Setiap bulan, 2 buah rumah yang perlu dibayar(satu di subang, satu di changkat lada), 2 biji kereta yang perlu dibayar..bil api, elektrik dan astro untuk 2 buah rumah..barang makan untuk 2 buah rumah..petrol dan tol berulang alik yang mencecah ratusan ringgit bagi setiap perjalanan..tak termasuk bil telefon yang kami bergayut tiap2 malam lagi..sebab itu bagi menjimatkan belanja kami hanya bertemu 2 minggu sekali dan bergilir2..itupun 2 hari sahaja dapat bersama..tak puas lagi nak melepaskan rindu..kemudian pulang kembali ke tempat asal untuk mencurahkan ilmu..kadang2 saya yang travel almost 3 jam nak balik Subang..kadang2 dia yang travel...ini tidak termasuk bahaya di dalam perjalanan..hati saya hanya bertawakal..Saya tahu semua ini pasti akan berakhir...Impian kami untuk membina keluarga pasti dimakbulkan ALLAH..
*
*
*
*
*
*
ALHAMDULILLAH
Syukur pada ALLAH SWT, saya mohon pertukaran ini pada bulan Januari 2010 dan keputusannya keluar pada 08 Februari 2010..terus kami suami isteri buat sujud syukur..TERIMA KASIH YA ALLAH...
0 comments:
Post a Comment