Monday, August 16, 2010

rindunya aku..


Assalamualaikum WBT..

Hampir 2 bulan tidak mengemaskini blog..alhamdulillah rezeki ALLAH tidak putus2..terima kasih YA ALLAH..

Ohya Alhamdulillah saya telah menunaikan ibadat umrah bersama edy dan kembali ke tanah air pada 4 minggu lepas..nanti akan saya ceritakan pengalaman indah itu yerr…

Alhamdulillah lagi..sbb hari ini telah 6 Ramadhan 1431H..pada 3 Ramadhan lepas, edy sampai sahaja di rumah selepas kerja, terus dia meluru pada saya..dia bertanya adakah saya rindukan suasana di tanah suci..Subhanallah..soalan apakah ini?? Jawapan itu ada pada dirimu sayang..semestinya dia akan merasa sama seperti apa yang saya rasakan kerana tangan dialah yang memimpin saya pergi dan pulang dari Masjidilharam..kudrat dialah yang dicurahkan semasa menunggu saya di luar masjid Nabawi dan MasjidilHaram setelah usai solat..setelah jawapan diberikan,dia berkata ada tempat yang suasananya dapat melempiaskan rindu itu..edy pulang lewat semalam sebab dia menunaikan solat terawih di situ setelah kerja selesai pada pukul 7 mlm..esoknya kami pergi ke situ untuk berbuka puasa sekaligus menunaikan solat terawih..

Kami ke sini..Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,Shah Alam..Masjid ini banyak melakar kenangan pada kami..kami selalu ke Shah Alam semasa berkawan dahulu,jadi di sinilah kami tunaikan solat dan di sini juga kami menghadiri kursus perkahwinan..entahla..aku berasa sangat2 tenang bila berada di sini..

ini juadah berbuka puasa kami di sini..alhamdulillah..nampak tak milo itu..ada lori milo aritu di perkarangan masjid..dah bertahun rasanya tak minum milo yang diberi dari lori...hehehe setelah itu solat maghrib berjemaah ditunaikan sebelum menjamah makanan berat..

setelah itu kami menjamah makanan berat pula..alhamdulillah..ada rendang udang, ada nasi beriani, ada kari ayam..setelah itu solat isyak pula ditunaikan secara berjemaah dan seterusnya terawih..

ramai sangat jemaah..penuh segenap ruang di sini..ketika ibubapa mengerjakan solat, anak2 akan ditempatkan di dewan dan diperlihatkan filem kartun kanak2 seperti iced age supaya mereka tidak membuat bising dan menganggu jemaah yang lain.. .pak guard sentiasa berjaga di belakang jemaah ketika solat dan mengawal saf..tukang cuci di sana sini menjaga kebersihan masjid..seakan sama spt di sana kecuali aktiviti kanak2 itulah..hehe bacaan imam sgt jelas dan sedap..sampai tidak terasa terawih berlalu dan witir pula menjelma..

ahhhh rindunya.......................


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.