Monday, December 27, 2010

aktiviti hujung minggu kalau ada di rumah

Tempat: Pantai Kelanang
Jarak : 5-10 mins dari rumah
Aktiviti : tgk sunset







abg,nak ke mana tu?
surau takde air..
abg, apa rasa amik wuduk pakai air laut tu?
masin!!!!
hahahaha

Monday, December 13, 2010

camping



edy outdoor person..aku??jgn tanyala..outdoor ke shopping complex bolehla..hehe
so dari dulu edy mmg bawak aku sket2 ke arah outdoor activities..
penah dia bwk aku jungle trekking..5 mins jalan..aku dah ajak balik..aku pikir cik U la..abg H la..takut!!
tapi kalo dia pegi wall climbing, flying fox ke ape..aku mmg tak ikut..
weekend..kami pegi camping
di waterfall on da way nak ke Genting
dekat dgn umah mak..15 mins je...
pagi2 kami dah ready ngan khemah, sleeping bag, foods
sampai2 cari port dulu..terus pacak khemah
bentang tikar..makan dulu..terjun!!!
naik atas..salin baju..tido jap..salin balik baju mandi..terjun balik
dari kul 9 pg sampai 2 ptg lepak kat situ..
best sgt.....

Tuesday, November 16, 2010

clock, tahnik dan master

assalamualaikum wbt..
ahad lepas aku dgn edy pergi ke pasar carat stadium shah alam utk breakfast char keow tiaw..aku mmg suka datang sini..kadang2 edy keje, aku datang sorg2..macam2 org jual kat sini..jalan2 kejap aku terjumpa org jual barang2 english style.aku terus berkenan kat english style wall clock nie..these clocks have two faces one at the front and one at the back....sangat cantik..terus sambar..kat sini kalau jumpa barang berkenan kena terus sambar sbb belum tentu minggu depan barang tu atau org berniaga ada lagi..cakap kat edy bukan nak letak kat umah skang tapi nak letak kat umah yg akan datang..
pic:from google
jam tue ala2 mcm kat atas nie(aku mls nak amik gambar) tapi aku punya lagi cantikla..hahaha
kami ke giant shah alam bayar maxis n beli hamper baby utk kakak edy n kawan aku..
pastu kami terus telefon kakak edy aka SIL aku lagi sorg(kak linda) nak pegi lawat baby dia kat hospital sg buloh..dia dah bersalin tapi belum bawa ke wad lagi..nak tunggu ptg lepak rumah kak suri makan nasi ayam dulu..
dalam pukul 4.30 ptg kami menuju ke hosp sg buloh sbb kakak edy mintak edy tahnikkan baby..kami tak bawak tamar sbb tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar.kami cuma bawa air zam2 yang kami bawak balik dari mekah dulu..aku masih simpan lagi kat umah..selepas solat asar, terus menuju ke wad 6A sbb waktu melawat sampai pukul 7.30 shj..wad sgt cantik..macam hosp swasta je aku tgk..aku pangku baby, edy tolong suapkan air zam2..baby 1st time dapat minum air zam2 dia menangis..aku pujuk..pastu edy pangku, aku lak suap..dia diam aje..edy cakap eh tak acila macam nie..hehe edy bisikkan surah2 pendek kat baby..mata dia tenung je edy..so swetttt....kami lepak kat situ sampai pukul 7 ptg.. *sweetkan*
pastu pegi pasar malam kg medan,PJ untuk cari CD..aku borong CD hindustan sbb aku suka tgk hindustan..hehe
ha ade lagi satu cerita utk aku lengkapkan tajuk kat atas tue..bln 12 nie aku dapat sambung belajar lagi..bye..

Sunday, November 14, 2010

Hari Lahir terkejut untuk edy

4 nov 2010 lepas..hari lahir edy yang ke 29..sehari sblum kejadian iaitu 3 nov, ady balik awal..
aku dah agak mesti dia pikir aku nak buat surprise utk dia 12 midnight tue..
balik dari opis, aku ajak dia makan luar..dia kata tak nakla..malas katanya..(mesti budget aku nak buat surprise kat luar jgk..sbb setiap kali aku ajak makan kat luar tak penah menolak..tapi kali nie menolak lak)..aku cakap aku nak pegi farmasi jap(mesti dia budget aku nak pegi kedai kek..sbb aku leh tgk dari riak muka dia)..last2 dia mengalah..
mula2 singgah farmasi, sblom keluar kete, aku ckp kat dia yang aku tak beli apa2 kat dia termasuk kek utk besday sbb takde budget..tapi kalo awk nak, sy leh belikan kek kat SR tue..
takpela,abg dah biasa tak sambut besday..apa???abistue yang sblum2 nie sy buat surprise bagi kek bagai..wawawa eh sory, maksud abg..masa abg kecik..amboi ada back up system tue..
pas makan malam, tidur n midnight tue pun aku tak wish kat dia..kekeke
bgn pagi, macam biasa hantar edy keje sampai kat pintu umah, wish besday skit2, salam2, doa2 n lambai2..
masuk bilik trus aku msg kakak edy kat subang yang aku nak buat sambutan terkejut utk edy pas balik keje..dia kata ok..
dapat call dari edy masa keje yang dia balik lambat..wah lagi bagus!!dia cakap ofismate dia ade buat surprise kat dia tadi..dapat teddy bear n satu slice cake..hehe
tepat kul 5pm aku balik umah, angkut beg baju sbb nak balik btg kali trus..singgah SR Banting beli chocolate indulgence n pecut ke subang mutiara..
pas tue lalu kat Carrefour Kota Kemuning, singgah jap beli KFC..alamak dah dekat pkul 7pm.lalu dpn complex A SAAS Airport n cakap dalam hati tak sabar nak kenakan abg..
sampai di umah kak ipar n trus disambut oleh along, angah n adik..akak tlong angkat kek n KFC..aku pegi sorokkan kereta jap.hehe
pastu masuk dapur dan mintak diaorg nyanyikan hepy besday kat ayah cik masa ayah cik sampai nanti(opss lupa ayah cik tue edy la..)kak suri aka my SIL telefon edy dengan mengkelentongkan dia kata abg mid aka my BIL nak jumpa skang..urgent..hehe
pastu berlatih ngan anak2 buah n diaorg pun excited..dengar je doorbell, kami nyorok ramai2 kat dapur n lampu dapur ditutup..tapi adik dgn excitednya ke pintu rumah dan cakap"ayah cik!!!"
alamak!!ok sib baik edy tak perasan lagi..

akak panggil edy ke dapur dan kami surprise!!n nyanyi ramai2..muka edy???macam takde perasaan sambil mengaru2 kepala..pas tu edy sapu2 kepala aku(ini mmg dia selalu buat) dan cakap macam mane boleh sampai sini..
sory sayang..hehehe


Selamat Hari Lahir Sayang..awak adalah antara pemberian terindah dari ALLAH untuk saya..

Thursday, October 14, 2010

pimpin


Tuesday, September 28, 2010

sesuci wajah

*wajah suci ini tempat kami menumpang kasih*
*wajah suci ini tempat kami melempiaskan naluri*
*suatu hari andai kamu melupakan kami, tidak dimarah,tidak disesali kerna pada kamu kasih sayang kami pernah diberi sepenuh hati*

Monday, September 27, 2010

Lambaian Baitullah (Madinah Al Munawwarah)

maaf kerna masa kadang2 tidak mencukupi bagi saya menyusun kata di sini..baiklah setelah 6 jam perjalanan dari Jeddah di mana 6 jam itu banyak diisi dengan aktiviti mentidurkan diri sebab lampu bas ditutup..mata ingin lihat permandangan, tapi apakah yg boleh dilihat di kala matahari telah menyembunyikan diri..kami menaiki bas bersama jemaah umrah di bawah Felda Tours and Travel..mereka agak berusia dan sy yakin di dalam kumpulan kami hanya sy dan edy di dalam lingkungan umur 20-an..Kami tiba di Kota Madinah pada jam 3 pagi..melewati sebuah kawasan yang terang benderang dengan lampu, cik arah iaitu isteri Hj Syaaban bersuara"ima, di situlah Masjid Nabawi.." hati tersentak..antara percaya atau tidak yang sekarang saya berada hampir dengan makam kekasih Allah, Rasulullah SAW..

kami menginap di Hotel Al Fayroz, Madinah..hotel ini sgt hampir dengan Masjid An Nabawi..hanya 2 minit perjalanan..setelah merehatkan diri, pukul 3.30 pg buat pertama kali azan dari Masjid Nabawi berbisik lembut ke telinga kami..Subhanallah aku rindukan saat2 ini lagi..Kami menunaikan solat Subuh di hotel kerna belum fasih untuk ke Masjid Nabawi ketika itu..
sarapan pagi kami
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk berziarah..jemaah lelaki akan ke Perkuburan Baqi dan jemaah wanita akan berziarah ke Makam Rasullullah SAW dan Raudhah..

Pertama kali saya akan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi bersama jemaah wanita yang lain.

Kami memasuki melalui salah satu pintu di Masjid Nabawi, diperiksa oleh cik pengawal keselamatan yang bertutup litup dengan jubah dan purdah hitam bagi memastikan telefon dan kamera tidak dibawa ketika memasuki masjid..tapi jemaah lelaki amat longgar..sebab itu gambar di dalam Masjid Nabawi banyak diambil oleh edy..sy dan Kak Har membawa kamera dan handset, jadi kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid Nabawi..Pada mulanya kami hanya ingin meletakkan barang2 itu di tiang masjid dan hanya bertawakal tetapi cik guard itu menasihati agar tidak berbuat begitu kerna takut hilang..berbahasa isyarat sy ketika ini kerana cik guard berbahasa Arab.Akhirnya Kak Har duduk di luar menjaga barang, sy dan cik arah masuk ke dalam untuk menziarahi Raudhah dan makam Rasulullah SAW..


Hamparan hijau ialah kawasan Raudhah.Kawasan ini tidak luas dan amat terhad tapi kuasa Allah, semua dapat bersolat sunat dan berdoa di sini.Gambar di sebelah menunjukkan Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Makam Umar Al Khatab di dalam jaring2 itu..*pic credit to edy


Raudhah di dalam masjid ini yang adalah tempat yang paling makbul untuk berdoa, seperti sabda Rasullah SAW"Antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman syurga". Terima Kasih Ya Allah kerana telah menyampaikan hambaMu ini ke tempat mulia ini dalam keadaan selamat..

Untuk masuk ke kawasan Raudhah, para jemaah akan dibahagikan mengikut negara..Jemaah Malaysia akan berkumpul dengan jemaah Indonesia dan dibawa masuk bersama2 oleh cik guard..Jemaah dari negara kita dan Indonesia lebih disukai oleh cik guard kerana kita agak sopan dan tidak kasar..alhamdulillah Allah berikan peluang untuk sy bersolat sunat dan berdoa di sini..Tanpa disedari jujuran air mata laju mengalir..banyaknya dosaku padaMu Ya Allah..banyaknya doa yang ingin ku pohon padaMu Ya Allah..Alhamdulillah sy juga dapat menyampaikan salam yang dikirim oleh rakan2 kepada Rasulullah SAW dan para sahabat..

Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk mencari redhamu dan mengagungkan kemuliaan RasulMu dengan berziarah ke makamnya..

Setelah selesai, sy keluar untuk membawa Kak Har ke Raudhah pula..Ketika ini tenaga sy begitu kuat dan sy langsung tidak merasa penat walaupun sebelum itu sy ditolak2 oleh org Arab yang berbadan besar dari sy ini di dalam kawasan Raudhah..maklumlah semua ingin beribadat di situ..Cik Arah pula menjaga barang kerana beliau sakit kaki dan agak uzur..Alhamdulillah sy dan Kak Har diberi peluang kali kedua untuk masuk ke sana dengan mudah sekali tanpa menunggu lama..Peluang ini sy gunakan untuk beribadat sekali lagi kerana Raudhah hanya dibuka pada waktu2 tertentu sahaja untuk jemaah wanita..

Nanti kita sambung lagi ye..

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.