Wednesday, August 25, 2010

iftar yang sederhana

sebelum nie cerita mengenai 3 ramadhan 1431H.sekarang cerita mengenai 5 Ramadhan..backdated betul nie!!soryla takde masa nak update blog.eh bukan takde masa, cuma bila menghadap antaramuka blog kat monitor nie,rasa malas nak menaip..ok arini mendapat hidayah untuk bercerita..
5 Ramadhan aritu edy ajak saya berbuka puasa di luar lagi.di mana?di mana?hotelkah?seafood restorankah?bukan..bukan..ini lain sikit.kami ke restoran yang makanannya cuma berharga 2 ringgit.edy dapat tau mengenai restoren nie kat MAS portal..dalam The Star, Sinar pun ade gak cerita nie..

tgk kalo terlebih rajin..sampai edit gambar tue..hehehe di sinilah kami datang..nama restoran Malaysia Negaraku kat seksyen 7 Shah Alam..kami datang kat seksyen 7 awal..pkul 6 ptg dah sampai..so nak buang masa, kami pegi jakel..tgk karpet..tgk kain..pegi ariani jap tgk tudung..lawatan sambil belajar je..tak beli pon..kami dah set time nanti utk shopping je.

masuk2 je restoran kena tunjukkan mykad..bagi yg ade mykad harga makanan adalah rm2, yang takde mykad maksudnya warganegara asing atau tertinggal kat umah sbb lupa nak masukkan balik mykad dlm purse lepas fotostat kena rm6. nasib baik saya ada mykad, kalo tak lari budget..wakawaka..
tgkla suasana di dalam restoran..saling tak tumpah macam dewan makan kat asrama dulu..tapi pelanggan yang datang saya nampak bukan org2 susah, tapi mereka ingin merasa kesederhanaan dalam berbuka..yang bestnya org bukan islam pon datang..siap diaorg tggu masa azan maghrib utk menghormati kita dan mulakan berbuka dgn kurma yang disediakan..bagi yang nak bungkus makanan sila bawak bekas makanan sendiri..tak kisahla brand tuppaware ke, apple lady ke..sbb takde bekas polystrene..bagusnyee utk konsep bumi hijau..
inilah rezeki kami untuk berbuka puasa pada hari itu..ye betul..kami makan pakai tray..tapi tray ni dibasuh dengan air panas bukan macam kita kat asrama dulu di mana abg kantin main cincai je basuh..nampak tue..banyak lauk..anda rasa berbaloi tak dengan harga rm2 tue??siap boleh tambah kalo tak cukup..
sambil tggu waktu berbuka kami didengarkan dgn ayat suci al quran dan lagu bukan kerana nama nyanyian Ramli Sarip..antara bait lagu yang saya ingat..kita semua sama adalah sama, apa yang ada hanyalah kehidupan..
mmg semua dilayan sama..tiada istilah VIP dan tiada siapa yang istimewa..semua sama..
selepas berbuka tray tue kena basuh sendiri..sinki disediakan..pas basuh masukkan tray dalam air panas..bestkan?makan sederhana,badan ringan..pas makan kita tak duk lama2, trus bangun..selepas itu kami trus menuju ke masjid shah alam..
actually, restoran ini dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik..dia nie banyak pengalaman dalam industri makanan..dan dia ni banyak restoran 7 bintang kat luar negara..dia dah banyak duit, so tak heranla dia buat restoran ni semata2 utk mendidik rakyat malaysia untuk mengamalkan kebersihan dan menyayangi negara kita Malaysia..

Monday, August 16, 2010

rindunya aku..


Assalamualaikum WBT..

Hampir 2 bulan tidak mengemaskini blog..alhamdulillah rezeki ALLAH tidak putus2..terima kasih YA ALLAH..

Ohya Alhamdulillah saya telah menunaikan ibadat umrah bersama edy dan kembali ke tanah air pada 4 minggu lepas..nanti akan saya ceritakan pengalaman indah itu yerr…

Alhamdulillah lagi..sbb hari ini telah 6 Ramadhan 1431H..pada 3 Ramadhan lepas, edy sampai sahaja di rumah selepas kerja, terus dia meluru pada saya..dia bertanya adakah saya rindukan suasana di tanah suci..Subhanallah..soalan apakah ini?? Jawapan itu ada pada dirimu sayang..semestinya dia akan merasa sama seperti apa yang saya rasakan kerana tangan dialah yang memimpin saya pergi dan pulang dari Masjidilharam..kudrat dialah yang dicurahkan semasa menunggu saya di luar masjid Nabawi dan MasjidilHaram setelah usai solat..setelah jawapan diberikan,dia berkata ada tempat yang suasananya dapat melempiaskan rindu itu..edy pulang lewat semalam sebab dia menunaikan solat terawih di situ setelah kerja selesai pada pukul 7 mlm..esoknya kami pergi ke situ untuk berbuka puasa sekaligus menunaikan solat terawih..

Kami ke sini..Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,Shah Alam..Masjid ini banyak melakar kenangan pada kami..kami selalu ke Shah Alam semasa berkawan dahulu,jadi di sinilah kami tunaikan solat dan di sini juga kami menghadiri kursus perkahwinan..entahla..aku berasa sangat2 tenang bila berada di sini..

ini juadah berbuka puasa kami di sini..alhamdulillah..nampak tak milo itu..ada lori milo aritu di perkarangan masjid..dah bertahun rasanya tak minum milo yang diberi dari lori...hehehe setelah itu solat maghrib berjemaah ditunaikan sebelum menjamah makanan berat..

setelah itu kami menjamah makanan berat pula..alhamdulillah..ada rendang udang, ada nasi beriani, ada kari ayam..setelah itu solat isyak pula ditunaikan secara berjemaah dan seterusnya terawih..

ramai sangat jemaah..penuh segenap ruang di sini..ketika ibubapa mengerjakan solat, anak2 akan ditempatkan di dewan dan diperlihatkan filem kartun kanak2 seperti iced age supaya mereka tidak membuat bising dan menganggu jemaah yang lain.. .pak guard sentiasa berjaga di belakang jemaah ketika solat dan mengawal saf..tukang cuci di sana sini menjaga kebersihan masjid..seakan sama spt di sana kecuali aktiviti kanak2 itulah..hehe bacaan imam sgt jelas dan sedap..sampai tidak terasa terawih berlalu dan witir pula menjelma..

ahhhh rindunya.......................


Wednesday, June 9, 2010

i'm bz

Gud luck!!

Sunday, June 6, 2010

3th anniversary

dah lama tak berdamping dengan tetikus dan papan kekunci untuk mengemaskini blog..hehehe alhamdulillah usia perkahwinan kami dah 3 tahun..3 tahun diibaratkan seperti kanak2 yang dah pandai berlari, fasih bercakap, faham perbuatan apa yang salah dan betul..
Terima kasih YA ALLAH di atas kurniaan yang tak terhingga ini..kami amat2 bahagia..
Oh ya..kami masih lagi dilanda ujian..belum diberi rezeki zuriat..walaupun zuriat merupakan pengikat cinta dan kasih..tak bermaksud tanpa zuriat, cinta kami tidak terikat rapi..cinta kami utuh..kami masih seperti dulu..berpegang tangan ke sana sini..bergurau senda mencuit hati...masih makan bersuap sesama sendiri..tapi YA ALLAH..doa kami tidak akan putus dikirimkan kepadamu..semoga suatu hari nanti rezeki itu akan berpihak pada kami..amin..okla macam biasa setiap kali anniversary kami akan buat yearly vacation..ini mou kami..hehe
1st anniversary (Jun 2008) kami menyulam cinta di Pulau Langkawi...2nd anniversary (Jun 2009) kami menyemai kasih di Sabah..3th anniversary (Julai 2010) InsyaALLAH kami akan menunaikan ibadat bersama(akan dicerita pengalaman itu setelah kembali ke tanah air nanti)..doakan kami mendapat keberkatan dariNYA..amin..

Tuesday, February 23, 2010

tesco

Pagi cuti CNY..edy keje..so ema buat aktiviti sendiri...
edy ~ assalamualaikum..syg kat mane?
ema ~ kat Tesco extra Shah Alam...
edy~ buat ape tue?
ema ~ shopping brg nak masak lunch nie...
edy~ ok..hati2 tau..
sejam kemudian...
edy ~ assalamualaikum..kat mane skang?
ema ~ kat Tesco...
edy ~ aik..lamanya....
ema ~ bukan kat Tesco extra..nie kat Tesco lagi satu..yang main punya..
edy ~ Ha!!!nasib baik Shah Alam ada 2 Tesco je..kalo tak sampai malam awk tak habis melawat Tesco lagi..
ema ~ ala.....hehehe

Thursday, February 11, 2010

i have no life

Sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di blog ini..Sifat malas mencanak di dalam hati ini.. malas nak menekan setiap aksara di papan kekunci..Almaklumlah balik saje ke rumah dari kerja saya dah tak menghadap pc lagi, banyak masa dihabiskan kat tv je..(aik..ima kau tak layan suami) saya masih lagi tinggal berjauhan dengan my loving husband disebabkan tuntutan mencari rezeki..sudah hampir menganjak ke setahun masa berlalu..saya masih mencurahkan ilmu dan tenaga di pedalaman ini..suami?saya minta dia berkorban untuk sementara..walaupun saya tahu pengorbanan dia terlalu banyak memandangkan kami tidak pernah mengambil masa yang lama tinggal bersama selepas berkahwin..tuntutan pengorbanan dari kami berdua banyak diperlukan tak kira dari segi wang ringgit, masa, tenaga dan kehidupan..

Pernah suatu ketika ketika kami menhirup udara segar di kebun mertua yang dikelilingi oleh gunung ganang..I have no life bibir si suami meluahkan rasa..saya tidak marah..saya juga mempunyai rasa yang sama tetapi tidak tahu macam mana nak meluahkannya..saya tahu itu adalah sekelumit luahan rasa hatinya..sekelumit sahaja..sabar ya sayang si isteri cuba menenangkan hati suaminya walhal pada hakikatnya hati sendiri memberontak.

Setiap bulan, 2 buah rumah yang perlu dibayar(satu di subang, satu di changkat lada), 2 biji kereta yang perlu dibayar..bil api, elektrik dan astro untuk 2 buah rumah..barang makan untuk 2 buah rumah..petrol dan tol berulang alik yang mencecah ratusan ringgit bagi setiap perjalanan..tak termasuk bil telefon yang kami bergayut tiap2 malam lagi..sebab itu bagi menjimatkan belanja kami hanya bertemu 2 minggu sekali dan bergilir2..itupun 2 hari sahaja dapat bersama..tak puas lagi nak melepaskan rindu..kemudian pulang kembali ke tempat asal untuk mencurahkan ilmu..kadang2 saya yang travel almost 3 jam nak balik Subang..kadang2 dia yang travel...ini tidak termasuk bahaya di dalam perjalanan..hati saya hanya bertawakal..Saya tahu semua ini pasti akan berakhir...Impian kami untuk membina keluarga pasti dimakbulkan ALLAH..




*



*



*



*



*


*



ALHAMDULILLAH


Syukur pada ALLAH SWT, saya mohon pertukaran ini pada bulan Januari 2010 dan keputusannya keluar pada 08 Februari 2010..terus kami suami isteri buat sujud syukur..TERIMA KASIH YA ALLAH...

Tuesday, June 23, 2009

6 minggu

Para pelajar akan bercuti selama 6 minggu dari 8/6/2009 sehingga 19/7/2009..tapi sejak gred pensyarah ditukar daripada DG ke DH , maka pensyarah tidak boleh bercuti seperti pelajar..maka pada ketika inilah, semua pensyarah akan sibuk..bukan sibuk mengajar tapi sibuk dihantar kursus, sibuk mintak cuti , sibuk meeting dan sibuk kat meja org lain sbb tak tau nak buat apa..so apa yang saya sbuk sepanjang 6 minggu nie…

*
*
*
*
Pertama..


- saya telah sibuk memohon cuti selama 5 hari dari 29/6/2009 – 3/7/2009 ( telah diluluskan oleh tuan pengarah)
- sebab apa saya cuti ?
- balik umah PIL kat Kuala Kangsar selama 3 hari (MIL dah m’expresikan kerinduannya melalui telefon setelah sebulan tidak balik)
- yearly vacation wit my edy..mane?akan diceritakan kemudian
- luang masa dengan husband sbb selama ini kami duk jauh(masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, iron kain, ukur kain di badan sendiri..aik)
- balik umah mak saya kat Batang Kali (saya rindu mak saya)


Kedua



- saya telah sibuk menghadirkan diri ke kursus seperti yang tertera di dalam gambar di atas selama 3 hari di Hotel Heritage, Ipoh (tilam dia gatal..eh bukan tilam yang gatal..tapi haiwan di dalam tilam telah menggatalkan badan saya)
- dianjurkan oleh AKEPT (Higher Education Leadership Academy)
- penglibatan tenaga pengajar muda (eh mudala..umur saya baru 25 tahun) dari KKPS,KKSS,PSB,PBP,UUM,USM dan UPSI
- menambahkan ilmu saya untuk proses P&P dan memberikan semangat utk saya sambung belajar lagi..


Ketiga


- saya sedang sibuk menyediakan bahan pengajaran untuk semester depan
- oh ya, sem depan work load saya semakin bertambah ( ajar subjek C++ programming dan juga pensyarah kelas bagi kelas STM1A disamping bertugas sebagai penyelaras peperiksaan bagi unit teknologi maklumat)
- semoga kita dapat bekerjasama wahai para pelajar supaya ilmu yang akan saya curahkan nanti mendapat keberkatan bersama.


Ada lagi perkara yang akan saya sibuk menyibuk selama 6 minggu ini seperti mengikuti kursus membuat kek yang dianjurkan oleh pensyarah unit pemprosesan dan kawalan mutu makanan (nak tambah ilmu selain menghadap buku C++ saje),..semuanya akan diceritakan kemudian..
 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.