Sunday, October 23, 2011

Julai-September 2011

Assalamualaikum semua..

Sahabat aku, ayu kamalia bertanya di fb kenapa aku dan sahabat2nya yang lain sudah lama tidak mengemaskini blog.Terima kasih di atas pertanyaan itu kerana aku pun tidak menyangka blog ini sudah 5 bulan tidak dikemaskini.Alasan aku bukan kerana sibuk melayan kerenah anak seperti sahabat yang lain,tetapi melayan kerenah diri yang rasa semua benda dia mahu buat.Kadang2 ada cerita yang ingin dikongsi, tetapi bila si suami tidak mengizinkan maka aku wajib menurutinya.Jadinya terbengkalailah blog selama ini.Itupun cerita Julai hingga September sahaja yang aku masih ingat.Buat sahabat ini yang sudah lama tidak bersua, ini buat kamu dear.

Julai 2011

Setiap 2 minggu sekali akan membawa anak-anak ini berjalan2.Kali ini, bawa mereka shopping ke Sunway Pyramid.Ohya si adik sudah pandai bercakap dan sudah pandai memanggil aku ummi jika diminta, tapi cuma menyebut mi sahaja yang um tu dia belum fasih.terima kasih sayang, itu perkataan paling indah ummi pernah dengar.Baju dan kasut yang ummi beli nampaknya dah senteng, tapi cik edy cepat2 tarik tangan ummi bila ummi belek2 skirt cantik2 di shopping complex.cik edy tak nak kakak dan adik pakai skirt lagi,katanya dah besar.kalau nak beli skirt sekarang ni, ummi kena belikan legging sekali, baru cik edy izinkan.tapi kakak dah nak ke tadika tahun depan, ummi sekarang asik belikan buku dan stationery untuk dia.ohya kakak dah pandai baca alfatihah dan doa makan. brilliant sayang!!ibu,ayah,ummi dan cik edy sayang kalian berdua sepenuh hati.




Bercuti ke A'Famosa Resort, Melaka.Bermalam di villa 4 bilik dengan private pool.Tengok tu edy melayan pool sorang2.hanya 2 bilik yang digunakan.selebihnya dibiarkan kosong.Seharian aktiviti di sini:water world, animal world dan cowboy town.Alhamdulillah dapat tenangkan fikiran walaupun sekejap saja di sini.

Ogos 2011


Kereta hitam kami dilanggar pada waktu pagi sebelum aku bertolak ke tempat kerja.Yang melanggar kereta ini adalah jiran aku!!Dia tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku.ceritanya begini, aku keluarkan kereta dan pergi untuk mengunci pagar seperti biasa.sedang mengunci pagar, aku mendengar bunyi kuat rupa2nya kereta kancil jiran dah melekat pada kereta hitam.Pada masa yang sama anak jiran aku itu baru nak mengelap kabus pada keretanya.Jiran2 surirumah yang lain semua keluar.masa ditarik kereta dia dari kereta hitam, bunyi benda pecah2 jelas.haruslah aku mengucap panjang.sudahlah aku ada banyak kerja di pejabat pagi itu.setelah aku minta nombor telefon dia, dia terus tinggalkan aku macam itu sahaja.apa lagi aku terus menelefon edy.tapi kali ini aku tidak menangis menelefon edy seperti satu tika dulu, sewaktu aku pertama kali disaman oleh polis. itupun kerana tidak memakai tali pinggang.aku tak tahu kenapa air mata aku mengalir laju hanya kerana disaman.hehe edy cool saja.dia terus balik dari opis.itupun memakan masa satu jam suku.aku ke rumah jiran aku itu dan memaklumkan pada isterinya, tapi isterinya tidak memberikan kerjasama.jiran aku yang lain memberitahu yang itu bukan kereta kancilnya tetapi dipinjam dari rakan kerana jiran aku itu tidak mempunyai kereta.dia bekerja sbg pemandu lori dan isterinya bekerja di pasaraya econsave.kasihan pula kami.tengahari jiran aku itu datang, setelah berbincang, aku dan edy membuat keputusan tidak melaporkan pada polis asalkan dia mengembalikan kereta kami ke bentuk asal.kasihan kerana kos membaiki kereta ini pun dibayar oleh rakannya itu..


Alhamdulillah tahun ini aku beraya di rumah mertua di Kuala Kangsar.Pergi ke Ipoh menziarahi semua saudara mara edy yang telah uzur dan tua.Raya ketiga kami berada di Sabak Bernam, menziarahi saudara mara sebelah emak aku pula.Pergi melihat kebun kelapa emak, yang selama ini diuruskan oleh ibu saudara.Masa ini sebiji kelapa pun kami tak bawa pulang.Ada kebun kelapa tapi kelapa tetap kami beli di kedai runcit..hehe

September 2011



Alhamdulillah sekali lagi kerana kami telah mendapat kunci rumah.Keputusan membeli rumah ini dibuat setelah kami pulang dari menunaikan umrah tahun lepas.Maklumlah harga rumah sekarang semakin naik sampai kadang2 rumah kecil sahaja tetapi harga mencecah ratusan ribu ringgit.Rumah impian di Subang dan Shah Alam, tetapi harga 400 ribu sehingga jutaan ringgit, kami tidak mampu.Maka impian terkubur.Tapi buat apa ditunggu lagi, harga rumah semakin tidak logik. 2 minggu setelah pihak pemaju telefon boleh ambil kunci, baru kami pergi ambil.Bukan tidak gembira, tetapi kami tidak akan tinggal di sini kerana aku bekerja jauh.hanya sebagai rumah hujung minggu insyaALLAH.Rumah ini menjadi pilihan juga kerana tanah di belakangnya sangat luas.boleh buat dapur kelak.Ohya gambar yang ada perabot itu gambar rumah contoh.Rumah kami belum dicuci, malah grill pun belum di pasang.Jika ingin ke Genting Highland, jemputlah singgah ke rumah.

Pengajian telah masuk semester ke 2.Alhamdulillah.

Oklah itu sahaja ceritanya. ada suka dan ada duka.Biasalah setiap saat kita diuji ALLAH.Suka itu ujian dan duka juga ujian.Cuma aku selalu berdoa agar ujian itu tiba pada waktu dan tempat yang betul, dan agar aku membuat pilihan yang betul bagi menghadapi ujian itu.

2 comments:

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

assalamualaikum....zarimah...hihihi update akhirnya...rajin2 tau update.. ;)

eima+eddy said...

org tak tanya kita tak update..hehe so rajin2la tanya..hehe

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.