Tuesday, February 23, 2010

tesco

Pagi cuti CNY..edy keje..so ema buat aktiviti sendiri...
edy ~ assalamualaikum..syg kat mane?
ema ~ kat Tesco extra Shah Alam...
edy~ buat ape tue?
ema ~ shopping brg nak masak lunch nie...
edy~ ok..hati2 tau..
sejam kemudian...
edy ~ assalamualaikum..kat mane skang?
ema ~ kat Tesco...
edy ~ aik..lamanya....
ema ~ bukan kat Tesco extra..nie kat Tesco lagi satu..yang main punya..
edy ~ Ha!!!nasib baik Shah Alam ada 2 Tesco je..kalo tak sampai malam awk tak habis melawat Tesco lagi..
ema ~ ala.....hehehe

Thursday, February 11, 2010

i have no life

Sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di blog ini..Sifat malas mencanak di dalam hati ini.. malas nak menekan setiap aksara di papan kekunci..Almaklumlah balik saje ke rumah dari kerja saya dah tak menghadap pc lagi, banyak masa dihabiskan kat tv je..(aik..ima kau tak layan suami) saya masih lagi tinggal berjauhan dengan my loving husband disebabkan tuntutan mencari rezeki..sudah hampir menganjak ke setahun masa berlalu..saya masih mencurahkan ilmu dan tenaga di pedalaman ini..suami?saya minta dia berkorban untuk sementara..walaupun saya tahu pengorbanan dia terlalu banyak memandangkan kami tidak pernah mengambil masa yang lama tinggal bersama selepas berkahwin..tuntutan pengorbanan dari kami berdua banyak diperlukan tak kira dari segi wang ringgit, masa, tenaga dan kehidupan..

Pernah suatu ketika ketika kami menhirup udara segar di kebun mertua yang dikelilingi oleh gunung ganang..I have no life bibir si suami meluahkan rasa..saya tidak marah..saya juga mempunyai rasa yang sama tetapi tidak tahu macam mana nak meluahkannya..saya tahu itu adalah sekelumit luahan rasa hatinya..sekelumit sahaja..sabar ya sayang si isteri cuba menenangkan hati suaminya walhal pada hakikatnya hati sendiri memberontak.

Setiap bulan, 2 buah rumah yang perlu dibayar(satu di subang, satu di changkat lada), 2 biji kereta yang perlu dibayar..bil api, elektrik dan astro untuk 2 buah rumah..barang makan untuk 2 buah rumah..petrol dan tol berulang alik yang mencecah ratusan ringgit bagi setiap perjalanan..tak termasuk bil telefon yang kami bergayut tiap2 malam lagi..sebab itu bagi menjimatkan belanja kami hanya bertemu 2 minggu sekali dan bergilir2..itupun 2 hari sahaja dapat bersama..tak puas lagi nak melepaskan rindu..kemudian pulang kembali ke tempat asal untuk mencurahkan ilmu..kadang2 saya yang travel almost 3 jam nak balik Subang..kadang2 dia yang travel...ini tidak termasuk bahaya di dalam perjalanan..hati saya hanya bertawakal..Saya tahu semua ini pasti akan berakhir...Impian kami untuk membina keluarga pasti dimakbulkan ALLAH..




*



*



*



*



*


*



ALHAMDULILLAH


Syukur pada ALLAH SWT, saya mohon pertukaran ini pada bulan Januari 2010 dan keputusannya keluar pada 08 Februari 2010..terus kami suami isteri buat sujud syukur..TERIMA KASIH YA ALLAH...
 
Copyright (c) 2010 *beautiful moments*. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.